Friday, 15 November 2013

#Info: Bahaya 'kencing kotor' ketika hamil

Assalammualaikum.....

Hari ni saya nak bercerita mengenai masalah 'kencing kotor' dikalangan ibu-ibu yang mengandung. Salah satu 'penyakit' yang sering dihidapi oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Ibu-ibu comel sekalian jangan pandang ringan dengan 'penyakit' ini kerana ianya akan memberi kesan terhadap bayi anda jugak.

Meh saya sharekan info yang saya dapat dari blog drzubaidi.com.

Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencingurethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama  di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.
Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.
Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.
Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.
Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?


Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.
Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.

Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.
1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.
Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian.

^______^

Untuk dapatkan Vitamin dari Shaklee VISIT dan LIKE FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family.

Wednesday, 13 November 2013

Vitamin C Shaklee dah kembali!!!!!

Assalammualaikum.....

Betul-betul macam pisang goreng panas. Customer Shaklee mesti dah sedia maklum yang Vitamin C Sustained Release 500mg ni dah lebih setahun menghilang. Bila muncul je, perghhhhh. Tak sempat-sempat sampai stok untuk diri sendiri pun takde. Huhu...

Tapi jangan risau. Sekarang ia telah kembali. Hehehhhh.



Meh nak share serba sikit kelebihan Vitamin C Shaklee.

Kelebihan Vitamin C Shaklee:
  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI
  • 1 biji vit c Shaklee (500mg) bersamaan 7.5 biji buah oren
  • Dilengkapi dengan teknologi 'Sustained Release' dimana setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. 
  • Merangsang pengeluaran colagen, memutih dan memulihkan kulit kusam
  • Membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi
  • Mengekalkan antioksida secara SEMULAJADI


Jangan tunggu lagi!!!!!! ^_____^


Email: mumsbestfriends@gmail.com

For fast reply -

Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)

Lain-lain Vitamin dari Shaklee, visit here ------>https://www.facebook.com/pages/Mums-Bestfriends-Vitamin-for-My-Family/1375635099317007


Tuesday, 5 November 2013

Kebaikan Vivix Shaklee

Assalammualaikum......

Kali ni saya nak cerita tentang kebaikan Vivix Shaklee = Tonik Terhebat dan Anti Penuaan Berkesan.

Siapa yang memerlukan VIVIX????


1 - PESAKIT KENCING MANIS2 - PESAKIT DARAH TINGGI3 - PESAKIT JANTUNG4 - PESAKIT SLE5 - PESAKIT RADANG USUS6 - PESAKIT NYANYUK7 - PESAKIT GOUT8 - PESAKIT KANSER9 - PESAKIT YANG MENDERITA SAKIT SENDI10-PESAKIT LEMAH DAYA TAHAN PENYAKIT

Berminat untuk dapatkan harga promosi???


Boleh email saya: mumsbestfriends@gmail.com


atau untuk fast reply


Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)

Boleh jugak layari dan Like FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family untuk mendapatkan lain-lain vitamin semulajadi dari Shaklee yang sesuai untuk keluarga.





^______^





Promosi Shaklee untuk November 2013

Assalammualaikum......

Rasanya baru je lagi buat promosi Shaklee untuk bulan Oktober. Sekarang ni dah masuk bulan November plak.

Ape agaknya promosi untuk bulan November yer???


Hermmmm........




Taaaaa Daaaaaa


Promosi untuk bulan November dari Shaklee!!!!!




Buy 6 Free 1

Memang berbaloi-baloi!!!!!

Harga biasa: RM 475 (WM) / RM 499 (EM)

Untuk harga promosi PM kami atau

Email: mumsbestfriends@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)




Boleh jugak layari dan Like FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family untuk mendapatkan lain-lain vitamin semulajadi dari Shaklee yang sesuai untuk keluarga.

Jangan tunggu lagi!!!!!!   ^_____^