Tuesday 30 January 2018

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

Assalamualaikum.

Jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang sangat dibenci oleh para wanita. Betul tak? Hehehe. Namun tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia.

Mengikut pakar dermatologi terdapat lebih 3000 masalah kulit yang boleh memberikan kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.


5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang masalah jeragat yang sering menghantui setiap wanita.

APAKAH JERAGAT?

Jeragat merupakan tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung dan juga kawasan sekitar mulut. Selalunya tompok-tompok jeragat ini berwarna lebih gelap daripada warna kulit asal. Ini akan menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil akan membesar dan bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya akan memenuhi setiap ruang wajah. Ini boleh menyebabkan wajah menjadi gelap dan tidak menarik.

PUNCA-PUNCA JERAGAT


5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


1. Sinaran Matahari

Seperti yang kita tahu, sinaran matahari mengandungi sinar UV A dan B yang boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit. UV A boleh merosakkan sel bawah kulit, manakala UV B pula akan merosakkan sel pada luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kanser kulit.

2. Kehamilan

Kebiasaannya wanita yang hamil sering mengalami banyak masalah kulit. Ini berlaku kerana keadaan hormon yang tidak menentu. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil sering disarankan untuk mengambil nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah kulit yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil adalah seperti kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan juga jeragat. Bagi sesetengah ibu hamil, masalah-masalah ini akan hilang selepas bersalin. Namun ramai juga ibu-ibu yang terus mengalami masalah ini walaupun selepas bersalin.

3. Rawatan Hormon

Terdapat juga kajian yang menunjukkan ramai wanita mengalami masalah jeragat setelah menjalani rawatan hormon (pil). Pengambilan pil ini menyebabkan hormon mereka tidak stabil dan ini boleh menjadi punca kepada masalah pertumbuhan jeragat. Pengambilan pil perancang kehamilan juga merupakan salah satu punca kepada masalah jeragat.

4. Pengambilan Ubat-Ubatan

Ini merupakan antara penyebab kepada punca jeragat yang kita tidak sedar. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberi kesan kepada keupayaan kulit untuk merawat serta menghasilkan kulit baru dengan aktif.

5. Penggunaan Wangian

Terdapat pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang boleh menyebabkan tindak balas "phototoxic". Ini akan menyebabkan berlakunya masalah jeragat. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk memilih produk, ubat atau supplement yang lebih natural.

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT TANPA PERLU KE SPA MAHAL


1. BAKING SODA

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Baking Soda ataupun Soda Penaik merupakan satu bahan yang boleh digunakan untuk pengelupasan lembut bagi kulit berminyak, menghilangkan kotoran dan sel-sel mati dari kulit. Selain daripada itu, ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Caranya:
  1. Campurkan 1 sudu baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang tebal.
  2. Sapukan pada kawasan kulit muka yang terjejas dan cuci selepas beberapa minit.
  3. Lakukan proses ini 2-3 kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. UBI KENTANG

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

Ubi kentang mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai "catecholase" iaitu sejenis enzim yang bagus untuk kulit. Di antara kebaikan enzim ini adalah ia dapat mencerahkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit dan juga merawat parut di wajah.

Caranya:
  1. Parut sebiji kentang dan perahkan jusnya.
  2. Kemudian tambahkan jus lemon pada kadar yang sama dengan jus kentang tadi.
  3. Sapu pada bahagian yang berjeragat dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
  4. Lakukan proses ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
3. LEMON

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

Di antara khasiat utama yang terdapat di dalam buah lemon adalah Vitamin C yang bukan saja dapat membantu mencerahkan bintik hitam malah membantu sel kulit untuk menangani bahaya sinaran UV. Vitamin C dapat memberikan kesan "photo-protection" kepada kulit wajah, di mana kulit akan mempunyai lebih perlindungan terhadap sinaran ultraungu yang diketahui sememangnya merbahaya kepada sel kulit.

Caranya:
  1. Ambil sedikit perahan jus lemon dan campurkan bersama 2 sudu besar madu.
  2.  Kemudian sapukan campuran tersebut kepada bintik-bintik hitam di wajah.
  3. Lakukan proses ini setiap malam sehingga bintik hitam pudar sepenuhnya.
4. TOMATO

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Buah tomato adalah sangat kaya dengan sejenis antioksida yang dikenali sebagai lypocene. Antioksida ini adalah sangat penting untuk menenangkan sel kulit yang terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari. Ini kerana ia mampu menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan juga mengekalkan kelembapan kulit pada tahap maksima. Ianya juga dapat 'menyejukkan' kulit wajah kita. 

Caranya:
  1. Ambil sebji tomato dan buang kulitnya.
  2. Hancurkan isi tomato sebelum disapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia sehingga kering sebelum dibilas.
  3. Lakukan proses ini sekerap mungkin bagi mendapatkan kulit yang kelihatan mulus dan segar sepanjang masa.
5. ELAKKAN PENGGUNAAN ALAT KOSMETIK YANG TEBAL

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Selain daripada merawat wajah seperti di atas, adalah amat penting untuk memastikan alat kosmetik yang digunakan seperti krim muka, bedak serta cecair foundation bebas daripada minyak atau wangian sintetik. Ini adalah kerana bahan-bahan tersebut akan mengakibatkan lubang pori-pori di wajah akan tersumbat.

Ciri-ciri alat kosmetik yang baik adalah apabila di pakai ianya terasa ringan dan mudah ditanggalkan dengan hanya menggunakan air.

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK ATASI MASALAH JERAGAT


1. VIVIX

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

  • Vivix 10x ganda lebih baik dari resveratrol dan merupakan antioksidan terbaik di dunia. 
  • Membantu meneutralkan kesan tindakbalas kulit terhadap sinaran UV
  • Membantu menstabilkan hormon yang bercelaru
  • Membantu menentang serangan virus dan bakteria
  • Membantu menghalang serangan radikal bebas

2. GLA COMPLEX

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

  • Membantu menstabilkan hormon 
  • Membantu menghilangkan jeragat dengan mengawal paras hormon estrogen dan testosteron
  • Membantu mencerahkan kulit dari tompokan hitam jeragat
  • Membantu melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas
  • Membantu memulihkan sel

3. VITAMIN E

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

  1. Membantu proses pemulihan kulit yang terjejas 
  2. Membantu menghilangkan jeragat
  3. Meneutralkan kesan akibat "sunburn"

4. VITAMIN C

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

  • Membantu mencerahkan kulit
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu menyekat dan menghilangkan jeragat

5. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

  • Membantu menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel kulit mati
  • Mengurangkan kesan kulit mati
  • Mengurangkan kekerapan kejadian jeragat


TESTIMONI 1


5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Assalamualaikum..
Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.

Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :
1. Gatal-gatal kulit muka hilang

2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!


Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi.

Rangkaian Shaklee pilihan saya dan berjaya menjadikan saya lebih yakin dengan kulit saya sekarang. Alhamdulillah.

TESTIMONI 2

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal

TESTIMONI 3


5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua.

Untuk mendapatkan Set Jeragat Shaklee, anda boleh menghubungi saya di 011.1548.3477. Ataupun anda juga boleh terus klik icon di bawah.

5 Petua Menghilangkan Jeragat Tanpa Perlu Ke Spa Mahal


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.


Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------

Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

Assalamualaikum.

Pernah tak terjadi kepada anda ketika hendak bangun daripada duduk atau membongkok, tetiba terdengar bunyi "prakk" atau "pop" pada lutut? Namun kebiasaannya kita tidak akan berasa sakit.

Perkara in biasa berlaku kepada semua orang. Sama ada orang muda, apatah lagi orang yang telah berusia. Kekerapan untuk ia berlaku adalah bergantung kepada kondisi seseorang.

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan


Malangnya ramai individu yang mengalami sakit sendi tapi mereka tidak sedar yang sendi mereka bermasalah. Dengan mengenali simptom-simptom dan penyakit berkenaan sendi akan dapat mengelakkan masalah ketidakselesaan sendi menjadi lebih teruk. 

APA ITU SAKIT SENDI?

Kesakitan sendi boleh berlaku disebabkan oleh masalah yang berpunca dari pelbagai struktur di dalam atau luar/sekeliling sendi. Penyakit atau trauma pada struktur sendi boleh menyebabkan rasa sakit.


Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

Adakala, kesakitan sendi bukan berpunca dari sendi itu sendiri tetapi disebabkan oleh penyakit yang berlaku di bahagian badan yang lain. Selain daripada rasa sakit, simptom-simptom lain juga boleh menunjukkan bahawa sendi mengalami masalah. Di antaranya ialah:
  • ketegangan pada sendi
  • pembengkakan sendi
  • sendi yang terlibat terasa panas apabila disentuh
  • pergerakan sendi yang terhad
  • sendi tersekat ("locking")

Sakit Sendi boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu:


Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan


1. Osteoarthritis


Ia adalah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yang menyelaputi sendi-sendi kita. Ia selalu terjadi pada orang-orang yang lebih berusia, selalu membuat kerja berat dan juga mereka yang mengalami masalah obesiti. 

Sendi-sendi yang terlibat adalah seperti sendi pinggang, lutut dan juga tulang belakang.


2. Arthritis Reumatoid


Sakit sendi jenis ini memberi kesan kepada sendi-sendi di bahagian jari-jemari serta pergelangan tangan. Selain itu, sendi-sendi di bahagian bahu, lutut dan kaki juga turut terlibat. Untuk penyakit jenis ini perawatan awal harus dimulakan bagi mengurangkan kecacatan.


CARA MENGHILANGKAN SAKIT SENDI DENGAN MUDAH TANPA PEMBEDAHAN


1. Mengurangkan Berat Badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti adalah disarankan untuk menurunkan berat baan bagi menggelakkan masalah ini daripada menjadi lebih serius. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi lutut.

2. Mendapatkan Suntikan Asid Hyaluronic

Asid Hyaluronic adalah merupakan bahan yang ada dalam tisu synovium sendi. Suntikan ini membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut dan dapat meningkatkan pergerakan serta fungsi sendi.

3. Membuat Rawatan Akupuntur

Terdapat kajian yang menunjukkan rawatan akupuntur dapat membantu melegakan kesakitan pada sendi dan juga meningkatkan fleksibiliti pada mereka yang mengalami masalah ini. Terapi akupuntur juga dapat meningkatkan aliran darah serta membantu mengurangkan inflamasi sakit sendi.

4. Mengamalkan Diet Yang Sihat 

Pengambilan diet yang sihat juga dapat mengurangkan risiko sakit sendi secara semulajadi. Di antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi adalah salmon, tuna, sardin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh.

5. Mengambil Supplement Untuk Meningkatkan Kesihatan Sendi

Terdapat makanan tambahan tertentu yang dapat membantu mengurangkan kesakitan sendi, kekejangan dan juga bengkak akibat gejala osteoartritis. 

Di antaranya adalah:
  • Minyak ikan yang dapat membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan, 
  • Vitamin C bagi membantu membina semula tisu penghubungan, 
  • Glukosamin bagi membantu membaiki tisu rawan 
  • Protein pula penting untuk proses pembaikan tisu-tisu otot

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK SAKIT SENDI


1. Omega Guard

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

  • kandungan omega 3 di dalamnya dapat melambatkan penyusutan tulang rawan.
  • membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
  • membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

2. Ostematrix

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

  • antara nutrisi penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen adalah kalsium
  • kandungan vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka.
  • kandungan magnesium nya pula dapat menggalakkan komposisi tulang dan rawan. 
  • manakala kandungan zinc, boron, manganes dan kuprum membantu memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan serta menghalang artritis.

3. Collagen Powder

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

  • dapat membantu mengekalkan struktur sendi dan mengurangkan ketidakselesaan sendi
  • 50% daripada tulang rawan terdiri daripada collagen. Oleh itu, collagen powder dapat membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang
  • membantu memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak serta menggantikan collagen yang rosak

4. Vivix

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

  • mengandungi Elderberry Eropah yang digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah arthritis
  • membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi
  • membantu mengurangkan penyebab kepada penyakit berkaitan sendi

TESTIMONI 1


Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

Assalamualaikum W.B.T,
Anak mana yang sanggup tengok bonda yang mengandung dan melahirkan kami 9 beradik mengadu sakit dan susah untuk bangun pada waktu pagi. Mungkin bonda sangat bekerja keras pada waktu mudanya untuk sara kami adik beradik. Dengan faktor usia yang makin meningkat sekarang, Bonda sering sakit sendi, sakit lutut, sakit belakang, dan selalu kejang kaki waktu pagi. 
Kami bawa bonda untuk mendapatkan rawatan di beberapa klinik dan hospital, namun doktor tidak berani memberikan ubat yang tinggi dose nya kerana faktor usia bonda yang dah mencecah 68 tahun. Doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang tahan sekejap sahaja...
Kadang-kadang bonda tidak boleh solat berdiri dan kadang-kadang bonda tidak boleh jalan lama. Paling menyedihkan bonda mempunyai masalah kekuatan otot di bahagian pinggang ke bawah.
Sejak kenal Shaklee, saya sangat gembira melihat perubahan positif terhadap kesihatan bonda dari hari ke hari. Vivix adalah minuman kegemaran bonda yang kaya dgn khasiat. Bonda cakap vivix sedap dan cepat kenyang. Selain itu, bonda juga amalkan supplemen lain seperti Omega Guard dan Ostematrix untuk tambahan kesihatan dalaman.
Selepas 3 bulan bonda amalkan Shaklee dah nampak perubahan pada kesihatan Bonda. Syukur dengan izin Allah bonda semakin sihat, cergas ,boleh berjalan-jalan seperti biasa dan boleh berkebun. Saat bahagia apabila dapat menikmati masa-masa lapang dengan bonda tersayang.
Yang paling penting, bonda semakin awet muda dan berseri- seri walaupun sudah mencecah 68 tahun dan mempunyai 25 orang cucu..
Kami sekeluarga yakin dan akan terus ikhtiar dengan Shaklee. Terima kasih Shaklee! 
Love from us.💗

TESTTESTIMONI 2


Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan


TESTIMONI 3


Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan



Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua.

Untuk mendapatkan Set Sakit Sendi Shaklee, anda boleh menghubungi saya di 011.1548.3477. Ataupun anda juga boleh terus klik icon di bawah.

Bagaimana Mengatasi Sakit Sendi Dengan Mudah Tanpa Pembedahan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.


Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------

Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Monday 29 January 2018

Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

Assalamualaikum.

Sesungguhnya mata merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Dengan ada nya penglihatan ini dapat memudahkan kita dalam melakukan tugas-tugas harian. Namun demikian dalam keadaan tidak sedar kita sebenarnya terdedah kepada masalah yang boleh menjejaskan anugerah ini sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik.

Antara masalah yang seringkali melibatkan penglihatan adalah katarak. Ianya juga dikenali sebagai selaput mata. Sekiranya masalah ini menjadi semakin serius, anda mungkin perlu menjalani pembedahan pada mata.


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

Disini saya ingin kongsikan tentang masalah katarak dan bagaimana kita boleh mengawal masalah ini daripada menjadi semakin serius.

Apakah Katarak?

Katarak merupakan keadaan dimana kanta mata daripada jernih (penglihatan normal) bertukar menjadi kabur. Penglihatan akan menjadi kabur disebabkan oleh cahaya tidak dapat melalui kanta yang telah legap ke bahagian belakang mata iaitu retina.

Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat


Punca-Punca Katarak

Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

  • Meningkatnya usia
  • Berlaku kecederaan pada mata
  • Penyakit keturunan
  • Pengambilan sesetengah ubat
  • Kecacatan sewaktu dilahirkan

Tanda Dan Simptom Katarak

  • Penglihatan menjadi kurang jelas dan kabur (lebih buruk di waktu malam)
  • Sering menukar preskripsi cermin mata 
  • Silau
  • Warna kelihatan tidak terang (tidak seperti mata normal)
  • Menghadapi kesukaran dalam melakukan tugas-tugas rutin
  • Imej kelihatan berganda

Kebiasaannya pesakit yang mengalami masalah katarak ini akan dirawat sama ada melalui pembedahan bagi yang serius atau pun dengan menggunakan cermin mata bagi yang masih peringkat awal.

Cara Mengawal Masalah Katarak Dengan Cara Yang Selamat


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat


1. Pemakanan yang seimbang
2. Senaman yang berkala (dapat menurunkan tahap gula dalam darah)
3. Diabetes yang terkawal
4. Lindungi mata dengan menggunakan kaca mata hitam yang mempunyai pelindung UV
5. Berhati-hati dengan penggunaan ubat yang mengandungi STEROID
6. Mengamalkan supplement semulajadi

Pemakanan seimbang terutamanya yang mengandungi bahan antioksidan berupaya untuk mencegah katarak. Selain itu, melindungi mata dengan menggunakan perlindungan seperti kaca mata hitam UV juga dapat membantu bagi mencegah masalah ini.

Cadangan Supplement Untuk Pesakit Katarak


1. Vivix

Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

Vivix Shaklee merupakan salah satu supplement semulajadi yang tinggi antioksidan. Ini kerana ianya mengandungi ramuan tumbuhan campuran botani yang kaya dengan RESVERATROL dan POLIFENOL.

Vivix juga dapat membantu membaiki sel-sel mata yang telah rosak akibat daripada masalah katarak serta menjaga penghasilan sel-sel baru supaya masalah ini tidak berulang menjadi lebih serius.

2. Omega Guard


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

Minyak ikan ini mengandungi asid lemak Omega 3 & 6 yang dapat membantu menganjalkan semula otot-otot di sekitar mata. Omega Guard juga berfungsi sebagai anti-radang dan membantu memelihara mata daripada kegatalan, kekeringan, pedih dan lain-lain masalah.

3. Carotomax

Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat


Carotomax sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun, silau, mata kering dan lain-lain. Ini adalah kerana ia mengandungi Vitamin A serta lengkap dengan Beta Carotina yang sangat diperlukan untuk kesihatan mata.

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan masalah okular. Oleh itu Vitamin A adalah sangat penting untuk retina mata terutamanya pada waktu malam.


TESTIMONI 1


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.


Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat.


Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.


Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan supplement lain untuk kesihatan yang lebih optimum.


Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.


Terima kasih.

TESTIMONI 2



Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat

TESTIMONI 3


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat



Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua.

Untuk mendapatkan Set Katarak Shaklee, anda boleh menghubungi saya di 011.1548.3477. Ataupun anda juga boleh terus klik icon di bawah.


Mengawal Masalah Katarak Mata Dengan Cara Yang Selamat



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.


Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------

Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia