Thursday, 2 July 2015

Mencegah Penyakit Anemia Ketika Hamil

Assalammualaikum....

Hari ni dah masuk hari ke 15 puasa kan. Hangpa semua camne? Ibu-ibu yang tengah pregnant tu camne puasa kali ni? Agak-agak dapat dak puasa penuh? Aku dapat jugak merasa puasa penuh masa lepaih dapat anak first dengan masa pregnant anak ketiga. Syok laaa dapat puasa penuh sebab tak payah ganti. Dugaan ooo bila puasa time orang lain tak puasa. Huhu.

Hari ni aku nak share sikit pasal penyakit yang agak famous di kalangan ibu-ibu hamil iaitu anemia. Anemia boleh berlaku apabila sel darah merah atau jumlah haemoglobin (hb) dalam darah berkurangan. Sebab tu laa anemia ni jugak dikenali sebagai penyakit kurang darah. Jumlah haemoglobin yang normal bagi seorang lelaki adalah 13.5 - 18.0gram/dL, manakala bagi wanita pula antara 12 - 16 gram/dL. Akan tetapi bagi wanita yang hamil pula jumlah haemoglobin yang normal adalah berbeza iaitu 10 - 15 gram/dL.


Ibu-ibu yang hamil perlu diingatkan agar tidak memandang remeh penyakit anemia atau kurang darah ni. Ini kerana anemia boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Selain daripada itu, ibu-ibu juga akan berasa cepat letih dan lemah sekiranya menghidapi anemia. Punca utama berlakunya anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi, folat dan B12. Macam yang ibu-ibu semua sedia maklum, kalau kita pregnant segala nutrisi yang kita dapat akan di kongsikan dengan anak yang ada dalam kandungan. So, ibu-ibu yang hamil sepatutnya mengambil makanan yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan dengan jumlah yang lebih dari biasa bagi mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. 

Jom kita tengok makanan apa yang boleh membantu ibu-ibu hamil maintainkan paras normal haemoglobin sepanjang tempoh kehamilan.


1. Daging Merah

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia. Kandungan zat besi dari sumber haiwan adalah mudah diserap berbanding sumber lain.


2. Brokoli

Brokoli bukan saja mengandungi vitamin, zat besi dan folat malah mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

3. Kekacang

Kekacang juga merupakan sumber yang dapat membantu mencegah anemia. Ibu-ibu boleh mengambil kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan yang tidak berkhasiat.


4. Hati Ayam

Hati ayam juga dipercayai boleh menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun adalah sangat tidak digalakkan mengambil hati ayam dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.


5. Bayam

Bayam merupakan makanan yang paling baik dalam kategori sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.




6. Kerang

Kerang juga dikatakan dapat menambah kepekatan darah. Jadikan kerang salah satu menu harian bagi mencegah anemia.


7. Buah Delima

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima boleh mengurangkan anemia.



8. Kismis

Jadikan kismis sebagai kudapan kerana ianya juga boleh mencegah anemia. Selain dari itu, kismis juga memang merupakan makanan yang sihat untuk perkembangan otak.



9. Pisang

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk ibu-ibu hamil kerana folat yang terkandung dalam pisang boleh menbantu dalam pertumbuhan janin serta penghasilan sel-sel baru.


10. Kurma

Kurma sememang nya merupakan salah satu daripada makanan sunnah. Khasiat yang terkandung dalam kurma memang tidak dapat disangkal. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Selain daripada itu, kurma turut memberikan tenaga kepada ibu-ibu hamil.




11. Madu

Madu yang digunakan bagi menggantikan gula dalam minuman dan makanan turut bermanfaat dalam mencegah anemia.



12. Oat

Oat memberikan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan berserta zat besi dapat melawan anemia. Selain dari itu, oat juga mudah untuk dicerna. 


 13. Telur

Bahagian kuning telur mengandungi nutrien termasuk zat besi yang sangat diperlukan oleh penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

Selain daripada mendapat bekalan zat besi dari sumber makanan, aku suggest ibu-ibu hamil or penghidap anemia amalkan pengambilan Vita-Lea Shaklee sebagai makanan tambahan/supplement. Ianya merupakan multi-vitamin dan mineral yang lengkap dengan 30 nutrisi yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita. 


Sekarang pulak tengah puasa, hampir seharian kita tak makan. So camne  nak pastikan yang kita dapat khasiat yang secukupnya. Dengan mengambil 2 biji Vita-lea yang kaya dengan nutrisi sehari dapat memastikan kita memperoleh nutrisi yang cukup bagi menampung keperluan tubuh. Selain daripada menggelakkan penyakit anemia, badan kita juga akan lebih bertenaga serta tak cepat letih. 

Apa-apa pun nasihat aku kepada ibu-ibu hamil yang menghidap anemia, jagalah diri dan kandungan dengan baik. Jangan lupa untuk:

  • Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan seimbang.
  • Rujuk kepada pakar kalau badan cepat berasa letih dan tidak bermaya.
  • Ambil  makanan tambahan/supplement yang dapat membantu mengatasi masalah anemia.
Sekarang ni ada tawaran untuk semua untuk dapatkan Vita-Lea Shaklee secara PERCUMA. Macam mana cara? Jom bisik-bisik dengan aku. ^____^



Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
 FB : Adeq Wanie
➲ Pengedar Sah Shaklee Taiping (SID) ID: 957591
✉ Email : mumsbestfriends@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 01115483477 
➲ Cash On Delivery (COD) : Taiping dan Penang Island (2x sebulan)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Wednesday, 1 July 2015

Performance Drink Shaklee - Minuman Tenaga Untuk Semua

Assalamualikum.....

Kelmarin aku dah share pasal 'HEAT STROKE/STROK HABA' kan?

Hari ni aku nak cerita pasal minuman pembekal tenaga yang sesuai sangat kita minum time-time panaih ni. Tambah pulak tengah posa kan. Memang kering tekak laa jawab nya. Aku memang tak tinggai minuman ni time sahur. Kalau dak sebelum tengah hari aku nanti dah rasa kering tekak. Huhu.

Jom baca sikit apa dia Performance Drink Shaklee ni.




1. Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh siantis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme)

2. Merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. 

3. Juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.

4. Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang telah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. 

5. Mengandungi komponen elektrolit yang penting seperti Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium dan Potasium bagi membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan serta baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)

==============
Kebaikan Utama:
==============
✔ Meningkatkan Daya Ketahanan Badan 
✿ Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

✔ Membekalkan Tenaga & Daya Ketahan Fizikal
✿ Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potasium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. 
✿ Sangat sesuai untuk mereka yang AKTIF dalam kerja seharian.

✔ Mencegah Penyahhidratan
✿ Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

✔ Mengekalkan Paras Gula
✿ Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Kebaikan Performance Drink terbukti berkesan :

☆ Meminimumkan kehilangan cecair badan. Mengurangkan rasa haus.

☆ Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan termasuk kalsium & magnesium (tidak bagi jenama lain).

☆ Menstabilkan paras glukosa dalam darah, untuk membekalkan tenaga berterusan dan mengekalkan stamina.

Performance Drink sesuai untuk:


=> mereka yang bekerja/aktif di luar
=> ibu hamil
=> ibu menyusu
=> kanak-kanak
=> orang yang berpuasa




Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
 FB : Adeq Wanie
➲ Pengedar Sah Shaklee Taiping (SID) ID: 957591
✉ Email : mumsbestfriends@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 01115483477 
➲ Cash On Delivery (COD) : Taiping dan Penang Island (2x sebulan)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia