Assalamualaikum.
Sempena masih lagi promosi Vivix sekarang ni, saya nak ambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit tentang ramuan yang ada dalam Vivix yang menjadikan ia sebagai antara salah satu supplement terbaik Shaklee.
Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Polifenol pula merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee dihasilkan mengunakan campuran unik botani daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Kelebihan Ramuan Semulajadi Vivix
1. Anggur Muscadine
Anggur Muscadine adalah Anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, lebih satu kromosom berbanding anggur biasa. Kesan daripada tambahan kromosom ini ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
Saiz Anggur Muscadine juga berbeza daripada saiz Anggur biasa, iaitu sebesar bola golf. Disebabkan pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, menerima cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.
2. Lobak Ungu/Purple Carrot
Lobak Ungu adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins inilah yang bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
Anthocyanins merupakan antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Terdapat kajian yang menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biological, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Selain itu, ia juga menunjukkan kesan terhadap saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan dalam mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
3. Elderberry (Sambucus Nigra)
Antara manfaat Elderberry adalah keberkesanan dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian ia dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan penyakit virus dan juga bakteria.
Selain daripada itu, Elderberry juga adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanins, yang memberikan kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom penyakit seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.
Namun demikian, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C serta nutrients seperti asid amino, carotenoids, tannin dan rutin. Selain daripada menguatkan sistem imun, melawan jangkitan virus dan influenza, Elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, Elderberry mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok serta serangan sakit jantung. Ia juga penting dalam mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan sistem penghadaman.
4. Polygonum Cuspidatum
Ianya juga dikenali sebagai Knotweed Jepun merupakan tumbuhan perennial yang besar berasal dari Asia, dan juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina.
Hasil kajian saintis menunjukkan resveratrol dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan juga mengurangkan berat badan.
Di antara kelebihan Vivix adalah:
- Melindungi dan membaiki sellular DNA
- Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
- Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
- Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Sepanjang bulan December ini Shaklee membuat promosi Vivix "Beli 6 PERCUMA 1" atau beli Twin Pack dengan LESS 5%.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan promosi terbaik daripada Shaklee sehingga hujung bulan ini!
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia