Assalamualaikum.
Jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang sangat dibenci oleh para wanita. Betul tak? Hehehe. Namun tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia.
Mengikut pakar dermatologi terdapat lebih 3000 masalah kulit yang boleh memberikan kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang masalah jeragat yang sering menghantui setiap wanita.
APAKAH JERAGAT?
Jeragat merupakan tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung dan juga kawasan sekitar mulut. Selalunya tompok-tompok jeragat ini berwarna lebih gelap daripada warna kulit asal. Ini akan menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil akan membesar dan bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya akan memenuhi setiap ruang wajah. Ini boleh menyebabkan wajah menjadi gelap dan tidak menarik.
PUNCA-PUNCA JERAGAT
1. Sinaran Matahari
Seperti yang kita tahu, sinaran matahari mengandungi sinar UV A dan B yang boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit. UV A boleh merosakkan sel bawah kulit, manakala UV B pula akan merosakkan sel pada luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kanser kulit.
2. Kehamilan
Kebiasaannya wanita yang hamil sering mengalami banyak masalah kulit. Ini berlaku kerana keadaan hormon yang tidak menentu. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil sering disarankan untuk mengambil nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kulit sentiasa sihat.
Masalah kulit yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil adalah seperti kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan juga jeragat. Bagi sesetengah ibu hamil, masalah-masalah ini akan hilang selepas bersalin. Namun ramai juga ibu-ibu yang terus mengalami masalah ini walaupun selepas bersalin.
3. Rawatan Hormon
Terdapat juga kajian yang menunjukkan ramai wanita mengalami masalah jeragat setelah menjalani rawatan hormon (pil). Pengambilan pil ini menyebabkan hormon mereka tidak stabil dan ini boleh menjadi punca kepada masalah pertumbuhan jeragat. Pengambilan pil perancang kehamilan juga merupakan salah satu punca kepada masalah jeragat.
4. Pengambilan Ubat-Ubatan
Ini merupakan antara penyebab kepada punca jeragat yang kita tidak sedar. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberi kesan kepada keupayaan kulit untuk merawat serta menghasilkan kulit baru dengan aktif.
5. Penggunaan Wangian
Terdapat pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang boleh menyebabkan tindak balas "phototoxic". Ini akan menyebabkan berlakunya masalah jeragat. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk memilih produk, ubat atau supplement yang lebih natural.
PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT TANPA PERLU KE SPA MAHAL
Baking Soda ataupun Soda Penaik merupakan satu bahan yang boleh digunakan untuk pengelupasan lembut bagi kulit berminyak, menghilangkan kotoran dan sel-sel mati dari kulit. Selain daripada itu, ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya:
- Campurkan 1 sudu baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang tebal.
- Sapukan pada kawasan kulit muka yang terjejas dan cuci selepas beberapa minit.
- Lakukan proses ini 2-3 kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. UBI KENTANG
Ubi kentang mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai "catecholase" iaitu sejenis enzim yang bagus untuk kulit. Di antara kebaikan enzim ini adalah ia dapat mencerahkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit dan juga merawat parut di wajah.
Caranya:
- Parut sebiji kentang dan perahkan jusnya.
- Kemudian tambahkan jus lemon pada kadar yang sama dengan jus kentang tadi.
- Sapu pada bahagian yang berjeragat dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
- Lakukan proses ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
3. LEMON
Di antara khasiat utama yang terdapat di dalam buah lemon adalah Vitamin C yang bukan saja dapat membantu mencerahkan bintik hitam malah membantu sel kulit untuk menangani bahaya sinaran UV. Vitamin C dapat memberikan kesan "photo-protection" kepada kulit wajah, di mana kulit akan mempunyai lebih perlindungan terhadap sinaran ultraungu yang diketahui sememangnya merbahaya kepada sel kulit.
Caranya:
- Ambil sedikit perahan jus lemon dan campurkan bersama 2 sudu besar madu.
- Kemudian sapukan campuran tersebut kepada bintik-bintik hitam di wajah.
- Lakukan proses ini setiap malam sehingga bintik hitam pudar sepenuhnya.
Buah tomato adalah sangat kaya dengan sejenis antioksida yang dikenali sebagai lypocene. Antioksida ini adalah sangat penting untuk menenangkan sel kulit yang terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari. Ini kerana ia mampu menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan juga mengekalkan kelembapan kulit pada tahap maksima. Ianya juga dapat 'menyejukkan' kulit wajah kita.
Caranya:
- Ambil sebji tomato dan buang kulitnya.
- Hancurkan isi tomato sebelum disapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia sehingga kering sebelum dibilas.
- Lakukan proses ini sekerap mungkin bagi mendapatkan kulit yang kelihatan mulus dan segar sepanjang masa.
Selain daripada merawat wajah seperti di atas, adalah amat penting untuk memastikan alat kosmetik yang digunakan seperti krim muka, bedak serta cecair foundation bebas daripada minyak atau wangian sintetik. Ini adalah kerana bahan-bahan tersebut akan mengakibatkan lubang pori-pori di wajah akan tersumbat.
Ciri-ciri alat kosmetik yang baik adalah apabila di pakai ianya terasa ringan dan mudah ditanggalkan dengan hanya menggunakan air.
CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK ATASI MASALAH JERAGAT
1. VIVIX
- Vivix 10x ganda lebih baik dari resveratrol dan merupakan antioksidan terbaik di dunia.
- Membantu meneutralkan kesan tindakbalas kulit terhadap sinaran UV
- Membantu menstabilkan hormon yang bercelaru
- Membantu menentang serangan virus dan bakteria
- Membantu menghalang serangan radikal bebas
- Membantu menstabilkan hormon
- Membantu menghilangkan jeragat dengan mengawal paras hormon estrogen dan testosteron
- Membantu mencerahkan kulit dari tompokan hitam jeragat
- Membantu melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas
- Membantu memulihkan sel
- Membantu proses pemulihan kulit yang terjejas
- Membantu menghilangkan jeragat
- Meneutralkan kesan akibat "sunburn"
- Membantu mencerahkan kulit
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Membantu menyekat dan menghilangkan jeragat
- Membantu menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel kulit mati
- Mengurangkan kesan kulit mati
- Mengurangkan kekerapan kejadian jeragat
TESTIMONI 1
Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.
Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.
Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.
Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.
Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.
Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.
Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.
Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :
1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!
Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi.
Rangkaian Shaklee pilihan saya dan berjaya menjadikan saya lebih yakin dengan kulit saya sekarang. Alhamdulillah.
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua.
Untuk mendapatkan Set Jeragat Shaklee, anda boleh menghubungi saya di 011.1548.3477. Ataupun anda juga boleh terus klik icon di bawah.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia