Tuesday, 23 January 2018

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?

Assalamualaikum.

Tahukah anda semua STROKE merupakan punca kematian ketiga terbesar di negara kita, Malaysia. Ia juga dianggap sebagai penyebab utama kehilangan upaya yang terukdan setiap tahun dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia mengalami stroke. Sesiapa sahaja boleh mengalami stroke, namun kebanyakan kes hanya menimpa orang dewasa.


Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


APAKAH STROKE?


Stroke merupakan serangan otak dan seringkali terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf kepada tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?

Untuk terus berfungsi, otak memerlukan bekalan darah yang berterusan untuk membawa oksigen dan juga nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan juga nutrien penting. Kerosakan ini akan menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan juga pemahaman bahasa. Selain itu, sebelah tubuh juga mungkin akan lumpuh, sikap dan corak pemikiran serta daya ingatan juga akan turut berubah.

APAKAH YANG MENYEBABKAN STROKE?


Terdapat 2 jenis stroke yang utama dan setiap satu nya mempunyai sebab yang berbeza.

1.  STROKE ISKEMIA

Terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Ianya kerap terjadi akibat dari timbunan kolestrol dan sisa lain dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Stroke Iskemia mungkin desebabkan oleh:
  • trombosis serebrum - di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak dan menghentikan bekalan darah.
  • embolisme serebrum - di mana gumpalan darah terbentuk di saluran bahagian tubuh yang lain; contohnya leher atau jantung dan di bawa oleh aliran darah ke otak.
  • stroke lakunar - di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


2. STROKE BERDARAH (HEMORRHAGIC STROKE)

Terjadi apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah dan menyebabkan berlakunya pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat akan menyebabkan tekanan pada dinding arteri dan seterusnya akan menambahkan risiko ia nya akan pecah atau berdarah.

Stroke berdarah mungkin disebabkan oleh:
  • pendarahan intraserebrum - berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri
  • pendarahan subaraknoid - berlaku apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


APAKAH KESAN-KESAN STROKE


Kesan-kesan stroke berbeza bagi seseorang yang mengalami bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan setakat mana kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan sekejap, manakala bagi seseorang yang lain boleh mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka masa yang panjang.

Antara kesan-kesan yang mungkin akan dihadapi oleh pesakit stroke adalah seperti:

1. KEKURANGAN FIZIKAL SELEPAS STROKE
  • kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal kiri badan (dan sebaliknya) hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan dengan lokasi stroke.
  • koordinasi yang lemah
  • perawakan yang tidak normal
  • kesukaran bertutur dan memahami serta membaca dan menulis
  • tidak dapat mengawal pembuangan najis
  • kehilangan separa penglihatan
  • tidak dapat menelan

2. KEKURANGAN KOGNITIF
  • menjadi terlalu cemas dan kelam-kabut
  • mudah murung dan tidak dapat mengawal emosi
  • konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru
  • tidak dapat memahami percakapan/pertuturan

3. KEKURANGAN TANGGAPAN (PERSEPSI)
  • tidak boleh mengagak jarak, saiz dan kedudukan
  • kehilangan rasa di sebelah badan
  • kehilangan imej tubuh

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


TIPS UNTUK MENCEGAH AGAR STROKE TIDAK BERULANG


Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


1. Kawal Kolestrol Dan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan dan melemahkan arteri. Ini akan menjadikan ia lebih berisiko untuk tersumbat atau pecah dan menyebabkan stroke. Kolestrol dan darah tinggi merupakan faktor risiko penyumbang terbesar kepada stroke.

Sekiranya anda seorang penghidap darah tinggi jangan sesekali meninggalkan ubat yang diberikan oleh doktor melainkan atas nasihat doktor itu sendiri. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat perubahan gaya hidup yang akan dapat mengurangkan risiko stroke.

2. Berhenti Merokok
Salah satu langkah penting yang boleh diambil untuk mencegah stroke berulang adalah dengan menghentikan tabiat merokok. Merokok adalah merupakan antara 5 penyebab utama berlakunya stroke.

3. Mengamalkan Diet Sihat
Berat badan berlebihan atau obesiti juga merupakan salah satu risiko penyebab stroke. Oleh itu untuk mencegah stroke daripada berulang anda perlu mengamalkan diet yang sihat bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Ini dapat dilakukan dengan:
  • menggantikan makanan tinggi lemak kepada rendah lemak atau tanpa lemak
  • elakkan pengambilan makanan yang diproses
  • elakkan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula
  • amalkan memakan lebih buah-buahan serta sayur-sayuran
  • minum air kosong secukupnya

Dengan mengamalkan diet yang sihat ini akan dapat meningkatkan kandungan serat di dalam tubuh anda, sekaligus akan dapat menurunkan paras kolestrol dan memberikan sumber antioksidan yang tinggi. Ini akan dapat mencegah kejadian stroke daripada berulang.
4. Bersenam
Peruntukan masa setiap hari untuk melakukan senaman ringan. Contoh senaman ringan yang dapat dilakukan setiap hari adalah dengan berjalan kaki secara perlahan-lahan selama 20-30 minit.

5. Tidur Secukupnya
Antara sebab lain yang menjadi punca penyakit adalah disebabkan tidur dan rehat yang tidak mencukupi. Seorang dewasa perlu mendapatkan tidur minima sekurang-kurangnya 6 jam sehari (pada waktu malam). Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi bagi mengelakkan bukan sahaja stroke malah penyakit lain juga.
6. Pengambilan Nutrisi Yang Secukupnya
Selain daripada yang di atas, pengambilan nutrisi yang secukupnya juga dapat membantu mencegah stroke. 
Semasa proses pemulihan stroke, pemakanan yang betul dengan diet yang sihat dapat membantu menyediakan badan dengan nutrisi yang diperlukan untuk pulih sepenuhnya.
Selain daripada itu, pengambilan supplement yang sesuai juga dapat membantu untuk memulihkan stroke serta mencegahnya daripada berulang lagi.
Terdapat beberapa vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu pesakit stroke untuk pulih serta mencegahnya daripada berulang semula.
Diantara nya adalah:
1. Vivix
  • mengurangkan risiko stroke berulang
  • melindungi sel saraf
  • mendorong proses angiogenesis
  • memberikan tenaga kepada sel
  • mempercepatkan pemulihan
2. B Complex

  • membantu fungsi saraf
  • membantu pembentukan neurotransmitter
  • membangunkan fungsi myelin

3. Omega Guard

  • mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi
  • membantu mengurangkan sindrom sakit sendi dan kekakuan
  • melindungi otak

4. Ostematrix
  • melindungi saraf dan mengurangkan kecacatan kognitif
  • mengimbangi tekanan darah
  • memelihara denyutan jantung
  • menggalakkan tidur yang selesa

5. Phytocol ST
  • menghalang penyerapan kolestrol dalam darah
  • membantu menurunkan paras kolestrol LDL

6. Coq-Trol Plus
  • menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan pengoksidaan
  • mengurangkan pembentukan plak dalam saluran darah
  • menghalang pengumpalan darah
  • membantu pengaliran darah yang bagus

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?

Testimoni 1

Assalammualaikum..
Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
Tanggal 28 April 2014…suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah…hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga…
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun…saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.
I love Shaklee…
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


 Testimoni 2


Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


Testimoni 3


Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?


Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi adalah amat penting bagi mencegah stroke daripada terjadi berulang semula. Ini kerana seandainya stroke terjadi buat kali kedua ianya boleh menjadi lebih teruk berbanding stroke yang sebelumnya.

Untuk mendapatkan Set Stroke Shaklee, anda boleh menghubungi saya di 011.1548.3477. Ataupun anda boleh terus klik icon di bawah.

Bagaimana Mencegah Stroke Supaya Tidak Berulang?
Dapatkan Set Stroke Shaklee di sini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment