Friday, 6 December 2013

#Info: Penyusuan Susu Ibu


Penyusuan susu ibu hendaklah diberikan secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Ini bermakna air masak, susu formula, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi kepada bayi dalam 6 bulan pertama.

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Untuk BAYI:
  • Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan tubuh dan otak bayi yang cerdas dan sihat.
  •  Melindungi bayi dari jangkitan penyakit dan mencegah kematian.
  • Mengurankan risiko alergi dan penyakit seperti diabetes dan obesiti.
Untuk IBU:
  • Mengurangkan risiko mendapat KANSER PAYUDARA dan OVARI.
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang.
  • Membantu menjarakkan kehamilan dan pengecutan ovari.
Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolostrum (susu pertama yang dikeluarkan) oleh payudara yang berwarna kuning pekat.
Penyusuan Mengikut Keperluan (Baby Led-Feeding)
  1. Bayi mendapat lebih imunisasi dan perlindungan dari jangkitan melalui kolostrum.
  2. Penghasilan susu yang cepat.
  3. Kenaikan berat badan bayi yang cepat.
  4. Kurang mendapat jaundis.
  5. Kurang bengkak payudara.
 Kekerapan Penyusuan dan Penghasilan Susu Yang Mencukupi
  • Tidak perlu menghadkan kekerapan dan masa penyusuan.
  • Susui bayi secepat mungkin selepas kelahiran.
  • Susui juga bayi pada waktu malam.
  • Jangan beri bayi susu formula, air masak, air glukos serta makanan yang lain.
  • Pastikan bayi menghisap di aerola (bahagian hitam di sekeliling puting)
  • Minum air secukupnya dan ambil makanan seimbang.

Semoga info yang di share ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian terutama nya ibu-ibu yang baru melahirkan anak. 

Salam sayang,

Mum's Bestfriends
^______^

Thursday, 5 December 2013

# Info: Anemia/Kurang Darah Semasa Mengandung

Anemia atau Kurang Darah adalah keadaan di mana paras darah merah KURANG dari normal iaitu kurang dari 11gram/dl.

Di antara penyebab anemia/kurang darah:
  • Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Kerap mengandung (jarak kurang dari 2 tahun)
  • Jangkitan cacing
  • Masalah perubatan sepeti malaria, thalasemia, leukimia, buasir dan pendarahan dari faraj.
Tanda-tanda anemia/kurang darah
  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat
Kesan anemia/kurang darah kepada:

Ibu :- 
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Risiko kematian
 Anak :-
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badan
  • Kematian anak 
Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Pemakanan
  1. Ambil makanan SEIMBANG
  2. Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin., ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
  3. Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti betik, kiwi, belimbing besi dan mata kucing.
  4. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk paku, ulam raja, dan bayam.
  5.  Elakkan minum minuman berkafein seperti teh dan kopi serta susu bersama hidangan makanan utama atau ketika pengambilan pil zat besi. Ini kerana ianya akan menghalang penyerapan zat besi. 
Pengambilan Vitamin Tambahan
  • Pengambilan vitamin tambahan seperti pil zat besi, asid folik, vitamin C ketika mengandung. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.
  •  Elakkan pengambilan vitamin bersama minuman berkafein atau susu.
  • Pengambilan vitamin tambahan tidak akan menjadikan anak besar sehingga menyukarkan proses kelahiran.

Wednesday, 4 December 2013

PROMO DISEMBER 2013

OCTOBER 2013 PROMO!!!!!
KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE ?
==============================
✔ Minyak Ikan Terbaik Di dunia
Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan Omega Guard (takes 3 capsules) menyediakan 990mg asid lemak Omega-3.

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

✔ EPA MENCEGAH

-Kanser
-Pembekuan Darah
-Pembekuan Lemak dalam Darah
-Kadar Kolestrol berlebihan
-Penyakit Jantung
-Tekanan Perasaan
-Tekanan Darah Tinggi


✔ TUGAS DHA

-Mencegah Radang Sendi
-Mencegah Asma
-Meningkatkan Daya Seks
-Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
-Mencegah Penyakit Kulit
-Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA
KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Jangan tunggu lagi!!!!!! ^_____^
 
Place order sekarang!!!!! 
 Penjimatan yang berbaloi-baloi.......
Email: mumsbestfriends@gmail.com
atau untuk Fast Reply
Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)

Friday, 15 November 2013

#Info: Bahaya 'kencing kotor' ketika hamil

Assalammualaikum.....

Hari ni saya nak bercerita mengenai masalah 'kencing kotor' dikalangan ibu-ibu yang mengandung. Salah satu 'penyakit' yang sering dihidapi oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Ibu-ibu comel sekalian jangan pandang ringan dengan 'penyakit' ini kerana ianya akan memberi kesan terhadap bayi anda jugak.

Meh saya sharekan info yang saya dapat dari blog drzubaidi.com.

Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencingurethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama  di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.
Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.
Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.
Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.
Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?


Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.
Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.

Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.
1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.
Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian.

^______^

Untuk dapatkan Vitamin dari Shaklee VISIT dan LIKE FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family.

Wednesday, 13 November 2013

Vitamin C Shaklee dah kembali!!!!!

Assalammualaikum.....

Betul-betul macam pisang goreng panas. Customer Shaklee mesti dah sedia maklum yang Vitamin C Sustained Release 500mg ni dah lebih setahun menghilang. Bila muncul je, perghhhhh. Tak sempat-sempat sampai stok untuk diri sendiri pun takde. Huhu...

Tapi jangan risau. Sekarang ia telah kembali. Hehehhhh.



Meh nak share serba sikit kelebihan Vitamin C Shaklee.

Kelebihan Vitamin C Shaklee:
  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI
  • 1 biji vit c Shaklee (500mg) bersamaan 7.5 biji buah oren
  • Dilengkapi dengan teknologi 'Sustained Release' dimana setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. 
  • Merangsang pengeluaran colagen, memutih dan memulihkan kulit kusam
  • Membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi
  • Mengekalkan antioksida secara SEMULAJADI


Jangan tunggu lagi!!!!!! ^_____^


Email: mumsbestfriends@gmail.com

For fast reply -

Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)

Lain-lain Vitamin dari Shaklee, visit here ------>https://www.facebook.com/pages/Mums-Bestfriends-Vitamin-for-My-Family/1375635099317007


Tuesday, 5 November 2013

Kebaikan Vivix Shaklee

Assalammualaikum......

Kali ni saya nak cerita tentang kebaikan Vivix Shaklee = Tonik Terhebat dan Anti Penuaan Berkesan.

Siapa yang memerlukan VIVIX????


1 - PESAKIT KENCING MANIS2 - PESAKIT DARAH TINGGI3 - PESAKIT JANTUNG4 - PESAKIT SLE5 - PESAKIT RADANG USUS6 - PESAKIT NYANYUK7 - PESAKIT GOUT8 - PESAKIT KANSER9 - PESAKIT YANG MENDERITA SAKIT SENDI10-PESAKIT LEMAH DAYA TAHAN PENYAKIT

Berminat untuk dapatkan harga promosi???


Boleh email saya: mumsbestfriends@gmail.com


atau untuk fast reply


Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)

Boleh jugak layari dan Like FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family untuk mendapatkan lain-lain vitamin semulajadi dari Shaklee yang sesuai untuk keluarga.





^______^





Promosi Shaklee untuk November 2013

Assalammualaikum......

Rasanya baru je lagi buat promosi Shaklee untuk bulan Oktober. Sekarang ni dah masuk bulan November plak.

Ape agaknya promosi untuk bulan November yer???


Hermmmm........




Taaaaa Daaaaaa


Promosi untuk bulan November dari Shaklee!!!!!




Buy 6 Free 1

Memang berbaloi-baloi!!!!!

Harga biasa: RM 475 (WM) / RM 499 (EM)

Untuk harga promosi PM kami atau

Email: mumsbestfriends@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)




Boleh jugak layari dan Like FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family untuk mendapatkan lain-lain vitamin semulajadi dari Shaklee yang sesuai untuk keluarga.

Jangan tunggu lagi!!!!!!   ^_____^

Tuesday, 8 October 2013

Shaklee Promosi Bulan Oktober 2013


Assalammualaikum.....

Hari ni saya nak cerita tentang promosi Shaklee untuk bulan Oktober ni.

Shaklee Collagen Powder!!!!!

Ape kelebihan Shaklee Collagen Powder ni?

Meh sini nak cerita.

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Apakah bahan utama di dalam SCP ?

7 bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

*Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Kenapa (SHAKLEE COLLAGEN POWDER) terbukti lebih berkesan?
==========================================

Disebabkan collagen ini bermolekul sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton (berat molekul diukur dalam unit Dalton), maka ia sangat mudah diserap dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Apakah kesan-kesan dan faedah mengambil kolagen ini ?


  • Antipenuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit, mengurangkan rasa kering pada muka
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payu dara


Faedah tambahan kolagen : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang, bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Jangan tunggu lagi!!!!

Tawaran untuk sebulan je ni....

Memang berbaloi-baloi!!!!!

Harga biasa: RM 298 (WM) / RM 312 (EM)

Untuk harga promosi PM kami atau 

Email: mumsbestfriends@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)



Boleh jugak layari dan Like FB Page Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family untuk mendapatkan lain-lain vitamin semulajadi dari Shaklee yang sesuai untuk keluarga.

^_____^




Monday, 30 September 2013

#Info: Cacar Air/Campak

Assalammualaikum....

Artikel yang berguna untuk dikongsi.

Kebetulan anak sulung saya berusia 2 tahun terkena campak. Beberapa tips untuk membantu kita menghadapi anak yang dijangkiti campak.

Sumber: Pa&Ma


Apa Itu Cacar Air ?

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.

Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia
kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.

Penyakit tersebut mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering. Biasanya dalam masa lebih kurang lima hari.

Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?

Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.
Apakah simptom-simptom cacar air?

Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom demam yang ringan:

*Demam
*Sakit kepala
*Mual
*Sakit-sakit badan
*Kurang selera

Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil dan akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Bintik-bintik ini akan bermula di muka bayi anda.

Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ia kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Apakah rawatan bersesuaian?

Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.

1. Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.

2. Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.

3. Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.

4. Jika bayi anda berusia lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.

5. Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.

6. Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal. (anak saya hanya memakai pampers sepanjang hari.huhu)

Terdapat juga petua dari orang-orang yang lebih tua yang ingin saya kongsikan di sini.

1. Beri anak minum air kelapa. Tujuannya supaya biji-biji campak akan keluar dengan lebih cepat.

2. Mandikan anak dengan air yang dicampur dengan daun mambu/semambu. (saya blend daun dan tapis air nya)

3. Campurkan juga air mambu/semambu tadi dengan calamine lotion dan disapukan ke badan anak.

4. Jangan beri makanan yang boleh menjadi punca gatal seperti seafood.

5. Elakkan dari terkena panas dan hujan.

Akhir kata, bersabar laa menjaga anak yang tidak sihat.

You can do it mommies!!!

^____^


Thursday, 26 September 2013

Vitamin-vitamin Shaklee

Vitamin-vitamin yang dikeluarkan oleh Shaklee merupakan dari sumber semulajadi. Oleh itu, ianya sesuai di ambil oleh semua peringkat umur.






Lebih banyak info tentang vitamin Shaklee serta mencari pakej yang sesuai boleh layari dan Like 

FB Page: Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family 

Name: Adeq Wanie
Email: mumsbestfriends@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 01115483477