Friday, 6 December 2013

#Info: Penyusuan Susu Ibu


Penyusuan susu ibu hendaklah diberikan secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Ini bermakna air masak, susu formula, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi kepada bayi dalam 6 bulan pertama.

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Untuk BAYI:
  • Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan tubuh dan otak bayi yang cerdas dan sihat.
  •  Melindungi bayi dari jangkitan penyakit dan mencegah kematian.
  • Mengurankan risiko alergi dan penyakit seperti diabetes dan obesiti.
Untuk IBU:
  • Mengurangkan risiko mendapat KANSER PAYUDARA dan OVARI.
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang.
  • Membantu menjarakkan kehamilan dan pengecutan ovari.
Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolostrum (susu pertama yang dikeluarkan) oleh payudara yang berwarna kuning pekat.
Penyusuan Mengikut Keperluan (Baby Led-Feeding)
  1. Bayi mendapat lebih imunisasi dan perlindungan dari jangkitan melalui kolostrum.
  2. Penghasilan susu yang cepat.
  3. Kenaikan berat badan bayi yang cepat.
  4. Kurang mendapat jaundis.
  5. Kurang bengkak payudara.
 Kekerapan Penyusuan dan Penghasilan Susu Yang Mencukupi
  • Tidak perlu menghadkan kekerapan dan masa penyusuan.
  • Susui bayi secepat mungkin selepas kelahiran.
  • Susui juga bayi pada waktu malam.
  • Jangan beri bayi susu formula, air masak, air glukos serta makanan yang lain.
  • Pastikan bayi menghisap di aerola (bahagian hitam di sekeliling puting)
  • Minum air secukupnya dan ambil makanan seimbang.

Semoga info yang di share ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian terutama nya ibu-ibu yang baru melahirkan anak. 

Salam sayang,

Mum's Bestfriends
^______^

No comments:

Post a Comment