Anemia atau Kurang Darah adalah keadaan di mana paras darah merah KURANG dari normal iaitu kurang dari 11gram/dl.
Di antara penyebab anemia/kurang darah:
- Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
- Kerap mengandung (jarak kurang dari 2 tahun)
- Jangkitan cacing
- Masalah perubatan sepeti malaria, thalasemia, leukimia, buasir dan pendarahan dari faraj.
Tanda-tanda anemia/kurang darah
- Pucat
- Rasa letih lesu dan tidak bermaya
- Sentiasa rasa pening
- Rasa pitam bila bangun
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan berdebar-debar
- Degupan jantung cepat
Kesan anemia/kurang darah kepada:
Ibu :-
- Mudah mendapat jangkitan
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Risiko kematian
Anak :-
- Keguguran
- Pembesaran janin terbantut
- Anak lahir tidak cukup bulan
- Anak lahir kurang berat badan
- Kematian anak
Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Pemakanan
- Ambil makanan SEIMBANG
- Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin., ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
- Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti betik, kiwi, belimbing besi dan mata kucing.
- Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk paku, ulam raja, dan bayam.
- Elakkan minum minuman berkafein seperti teh dan kopi serta susu bersama hidangan makanan utama atau ketika pengambilan pil zat besi. Ini kerana ianya akan menghalang penyerapan zat besi.
Pengambilan Vitamin Tambahan
- Pengambilan vitamin tambahan seperti pil zat besi, asid folik, vitamin C ketika mengandung. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.
- Elakkan pengambilan vitamin bersama minuman berkafein atau susu.
- Pengambilan vitamin tambahan tidak akan menjadikan anak besar sehingga menyukarkan proses kelahiran.
No comments:
Post a Comment