Friday, 6 December 2013

#Info: Penyusuan Susu Ibu


Penyusuan susu ibu hendaklah diberikan secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Ini bermakna air masak, susu formula, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi kepada bayi dalam 6 bulan pertama.

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Untuk BAYI:
  • Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan tubuh dan otak bayi yang cerdas dan sihat.
  •  Melindungi bayi dari jangkitan penyakit dan mencegah kematian.
  • Mengurankan risiko alergi dan penyakit seperti diabetes dan obesiti.
Untuk IBU:
  • Mengurangkan risiko mendapat KANSER PAYUDARA dan OVARI.
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang.
  • Membantu menjarakkan kehamilan dan pengecutan ovari.
Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolostrum (susu pertama yang dikeluarkan) oleh payudara yang berwarna kuning pekat.
Penyusuan Mengikut Keperluan (Baby Led-Feeding)
  1. Bayi mendapat lebih imunisasi dan perlindungan dari jangkitan melalui kolostrum.
  2. Penghasilan susu yang cepat.
  3. Kenaikan berat badan bayi yang cepat.
  4. Kurang mendapat jaundis.
  5. Kurang bengkak payudara.
 Kekerapan Penyusuan dan Penghasilan Susu Yang Mencukupi
  • Tidak perlu menghadkan kekerapan dan masa penyusuan.
  • Susui bayi secepat mungkin selepas kelahiran.
  • Susui juga bayi pada waktu malam.
  • Jangan beri bayi susu formula, air masak, air glukos serta makanan yang lain.
  • Pastikan bayi menghisap di aerola (bahagian hitam di sekeliling puting)
  • Minum air secukupnya dan ambil makanan seimbang.

Semoga info yang di share ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian terutama nya ibu-ibu yang baru melahirkan anak. 

Salam sayang,

Mum's Bestfriends
^______^

Thursday, 5 December 2013

# Info: Anemia/Kurang Darah Semasa Mengandung

Anemia atau Kurang Darah adalah keadaan di mana paras darah merah KURANG dari normal iaitu kurang dari 11gram/dl.

Di antara penyebab anemia/kurang darah:
  • Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Kerap mengandung (jarak kurang dari 2 tahun)
  • Jangkitan cacing
  • Masalah perubatan sepeti malaria, thalasemia, leukimia, buasir dan pendarahan dari faraj.
Tanda-tanda anemia/kurang darah
  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat
Kesan anemia/kurang darah kepada:

Ibu :- 
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Risiko kematian
 Anak :-
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badan
  • Kematian anak 
Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Pemakanan
  1. Ambil makanan SEIMBANG
  2. Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin., ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
  3. Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti betik, kiwi, belimbing besi dan mata kucing.
  4. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk paku, ulam raja, dan bayam.
  5.  Elakkan minum minuman berkafein seperti teh dan kopi serta susu bersama hidangan makanan utama atau ketika pengambilan pil zat besi. Ini kerana ianya akan menghalang penyerapan zat besi. 
Pengambilan Vitamin Tambahan
  • Pengambilan vitamin tambahan seperti pil zat besi, asid folik, vitamin C ketika mengandung. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.
  •  Elakkan pengambilan vitamin bersama minuman berkafein atau susu.
  • Pengambilan vitamin tambahan tidak akan menjadikan anak besar sehingga menyukarkan proses kelahiran.

Wednesday, 4 December 2013

PROMO DISEMBER 2013

OCTOBER 2013 PROMO!!!!!
KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE ?
==============================
✔ Minyak Ikan Terbaik Di dunia
Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan Omega Guard (takes 3 capsules) menyediakan 990mg asid lemak Omega-3.

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

✔ EPA MENCEGAH

-Kanser
-Pembekuan Darah
-Pembekuan Lemak dalam Darah
-Kadar Kolestrol berlebihan
-Penyakit Jantung
-Tekanan Perasaan
-Tekanan Darah Tinggi


✔ TUGAS DHA

-Mencegah Radang Sendi
-Mencegah Asma
-Meningkatkan Daya Seks
-Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
-Mencegah Penyakit Kulit
-Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA
KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Jangan tunggu lagi!!!!!! ^_____^
 
Place order sekarang!!!!! 
 Penjimatan yang berbaloi-baloi.......
Email: mumsbestfriends@gmail.com
atau untuk Fast Reply
Call/SMS/Whatsapp: 01115483477 (Adeq Wanie)