Assalammualaikum....
Hari ni dah masuk hari ke 15 puasa kan. Hangpa semua camne? Ibu-ibu yang tengah pregnant tu camne puasa kali ni? Agak-agak dapat dak puasa penuh? Aku dapat jugak merasa puasa penuh masa lepaih dapat anak first dengan masa pregnant anak ketiga. Syok laaa dapat puasa penuh sebab tak payah ganti. Dugaan ooo bila puasa time orang lain tak puasa. Huhu.
Hari ni aku nak share sikit pasal penyakit yang agak famous di kalangan ibu-ibu hamil iaitu anemia. Anemia boleh berlaku apabila sel darah merah atau jumlah haemoglobin (hb) dalam darah berkurangan. Sebab tu laa anemia ni jugak dikenali sebagai penyakit kurang darah. Jumlah haemoglobin yang normal bagi seorang lelaki adalah 13.5 - 18.0gram/dL, manakala bagi wanita pula antara 12 - 16 gram/dL. Akan tetapi bagi wanita yang hamil pula jumlah haemoglobin yang normal adalah berbeza iaitu 10 - 15 gram/dL.
Ibu-ibu yang hamil perlu diingatkan agar tidak memandang remeh penyakit anemia atau kurang darah ni. Ini kerana anemia boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Selain daripada itu, ibu-ibu juga akan berasa cepat letih dan lemah sekiranya menghidapi anemia. Punca utama berlakunya anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi, folat dan B12. Macam yang ibu-ibu semua sedia maklum, kalau kita pregnant segala nutrisi yang kita dapat akan di kongsikan dengan anak yang ada dalam kandungan. So, ibu-ibu yang hamil sepatutnya mengambil makanan yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan dengan jumlah yang lebih dari biasa bagi mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
Ibu-ibu yang hamil perlu diingatkan agar tidak memandang remeh penyakit anemia atau kurang darah ni. Ini kerana anemia boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Selain daripada itu, ibu-ibu juga akan berasa cepat letih dan lemah sekiranya menghidapi anemia. Punca utama berlakunya anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi, folat dan B12. Macam yang ibu-ibu semua sedia maklum, kalau kita pregnant segala nutrisi yang kita dapat akan di kongsikan dengan anak yang ada dalam kandungan. So, ibu-ibu yang hamil sepatutnya mengambil makanan yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan dengan jumlah yang lebih dari biasa bagi mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
Jom kita tengok makanan apa yang boleh membantu ibu-ibu hamil maintainkan paras normal haemoglobin sepanjang tempoh kehamilan.
1. Daging Merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia. Kandungan zat besi dari sumber haiwan adalah mudah diserap berbanding sumber lain.
2. Brokoli
Brokoli bukan saja mengandungi vitamin, zat besi dan folat malah mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
3. Kekacang
Kekacang juga merupakan sumber yang dapat membantu mencegah anemia. Ibu-ibu boleh mengambil kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
4. Hati Ayam
Hati ayam juga dipercayai boleh menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun adalah sangat tidak digalakkan mengambil hati ayam dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.
5. Bayam
Bayam merupakan makanan yang paling baik dalam kategori sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
6. Kerang
Kerang juga dikatakan dapat menambah kepekatan darah. Jadikan kerang salah satu menu harian bagi mencegah anemia.
7. Buah Delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima boleh mengurangkan anemia.
8. Kismis
Jadikan kismis sebagai kudapan kerana ianya juga boleh mencegah anemia. Selain dari itu, kismis juga memang merupakan makanan yang sihat untuk perkembangan otak.
9. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk ibu-ibu hamil kerana folat yang terkandung dalam pisang boleh menbantu dalam pertumbuhan janin serta penghasilan sel-sel baru.
10. Kurma
Kurma sememang nya merupakan salah satu daripada makanan sunnah. Khasiat yang terkandung dalam kurma memang tidak dapat disangkal. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Selain daripada itu, kurma turut memberikan tenaga kepada ibu-ibu hamil.
11. Madu
Madu yang digunakan bagi menggantikan gula dalam minuman dan makanan turut bermanfaat dalam mencegah anemia.
12. Oat
Oat memberikan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan berserta zat besi dapat melawan anemia. Selain dari itu, oat juga mudah untuk dicerna.
13. Telur
Bahagian kuning telur mengandungi nutrien termasuk zat besi yang sangat diperlukan oleh penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
Selain daripada mendapat bekalan zat besi dari sumber makanan, aku suggest ibu-ibu hamil or penghidap anemia amalkan pengambilan Vita-Lea Shaklee sebagai makanan tambahan/supplement. Ianya merupakan multi-vitamin dan mineral yang lengkap dengan 30 nutrisi yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita.
Sekarang pulak tengah puasa, hampir seharian kita tak makan. So camne nak pastikan yang kita dapat khasiat yang secukupnya. Dengan mengambil 2 biji Vita-lea yang kaya dengan nutrisi sehari dapat memastikan kita memperoleh nutrisi yang cukup bagi menampung keperluan tubuh. Selain daripada menggelakkan penyakit anemia, badan kita juga akan lebih bertenaga serta tak cepat letih.
Apa-apa pun nasihat aku kepada ibu-ibu hamil yang menghidap anemia, jagalah diri dan kandungan dengan baik. Jangan lupa untuk:
- Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan seimbang.
- Rujuk kepada pakar kalau badan cepat berasa letih dan tidak bermaya.
- Ambil makanan tambahan/supplement yang dapat membantu mengatasi masalah anemia.
Sekarang ni ada tawaran untuk semua untuk dapatkan Vita-Lea Shaklee secara PERCUMA. Macam mana cara? Jom bisik-bisik dengan aku. ^____^
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Adeq Wanie
✍ FB : Adeq Wanie
➲ Pengedar Sah Shaklee Taiping (SID) ID: 957591
✍ LIKE Fanpage : Mum's Bestfriends - Vitamin for My Family
✉ Email : mumsbestfriends@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 01115483477
➲ Cash On Delivery (COD) : Taiping dan Penang Island (2x sebulan)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia