Assalamualaikum....



Sejak bulan Ramadhan ni cuaca memang panaih kan? Panaih terik pulak tu. Kat rumah ni kadang kat hall kalau on aircond pun tak terasa sejuk nya. Sekadar tak rasa bahang panaih je. Tak tau laa samada tu berpunca dari faktor cuaca or sebab aircond dah lama tak service. Hohoho.

Hangpa penah dengaq pasai STROK HABA or HEAT STROKE dak?

Abang ipaq aku penah cerita kawan dia tetiba jatuh rebah and meninggal masa tengah main bola. Lepaih bedah siasat punca kematian adalah disebabkan strok haba or heat stroke. So jangan amik sambil lewa tentang hal ni lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panaih melampau sekarang ni.

Jom kita baca sikit artikel tentang STROK HABA or HEAT STROKE yang dikongsi dalam majalah Rapi.


Apakah itu STROK HABA?

Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasaannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom-simptom STROK HABA adalah seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.

Cara Mencegah:

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.

Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.



Info:- 
  • Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.
  • Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik.

Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.

INGAT!! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci dalam cuaca yang panas.



Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
 FB : Adeq Wanie
➲ Pengedar Sah Shaklee Taiping (SID) ID: 957591
✉ Email : mumsbestfriends@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 01115483477 
➲ Cash On Delivery (COD) : Taiping dan Penang Island (2x sebulan)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia