Wednesday, 27 December 2017

4 Ramuan Semulajadi Vivix Untuk Kesihatan Anda Secara Menyeluruh

Assalamualaikum.

Sempena masih lagi promosi Vivix sekarang ni, saya nak ambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit tentang ramuan yang ada dalam Vivix yang menjadikan ia sebagai antara salah satu supplement terbaik Shaklee.

Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Polifenol pula merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee dihasilkan mengunakan campuran unik botani daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry​ Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Kelebihan Ramuan Semulajadi Vivix

1. Anggur Muscadine

Anggur Muscadine adalah Anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, lebih satu kromosom berbanding anggur biasa. Kesan daripada tambahan kromosom ini ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Saiz Anggur Muscadine juga berbeza daripada saiz Anggur biasa, iaitu sebesar bola golf. Disebabkan pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, menerima cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.



2. Lobak Ungu/Purple Carrot

Lobak Ungu adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins inilah yang bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.

Anthocyanins merupakan antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Terdapat kajian yang menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biological, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Selain itu, ia juga menunjukkan kesan terhadap saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan dalam mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.



3. Elderberry​ (Sambucus Nigra)

Antara manfaat Elderberry adalah keberkesanan dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian ia dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan penyakit virus dan juga bakteria.

Selain daripada itu, Elderberry juga adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanins, yang memberikan kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom penyakit seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Namun demikian, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C serta nutrients seperti asid amino, carotenoids, tannin dan rutin. Selain daripada menguatkan sistem imun, melawan jangkitan virus dan influenza, Elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, Elderberry mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok serta serangan sakit jantung. Ia juga penting dalam mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan sistem penghadaman.


4. Polygonum Cuspidatum

Ianya juga dikenali sebagai Knotweed Jepun merupakan tumbuhan perennial yang besar berasal dari Asia, dan juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina.

Hasil kajian saintis menunjukkan resveratrol dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan juga mengurangkan berat badan.



Di antara kelebihan Vivix adalah:
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Sepanjang bulan December ini Shaklee membuat promosi Vivix "Beli 6 PERCUMA 1" atau beli Twin Pack dengan LESS 5%.



Jangan ketinggalan untuk dapatkan promosi terbaik daripada Shaklee sehingga hujung bulan ini!


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tuesday, 26 December 2017

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita tentang kepentingan kesihatan warga emas atau yang lebih tepat ibu dan bapa kita.

Percaya tak bila saya kata ibu bapa ni umpama "keramat hidup" bagi kita. Sekurang-kurangnya itu yang saya rasa lah. Heheheh.

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Antara sebabnya adalah kemustajaban doa mereka buat kita. Dan mereka juga lah orang yang akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita anak-anak tak kira berapa usia kita sekalipun.

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga


Oleh itu, sebagai anak apa salahnya sekiranya kita jugak berusaha untuk berikan yang terbaik buat mereka. Salah satu cara yang dapat kita lakukan adalah dengan menjaga kesihatan mereka. Ibubapa kita ni jarang-jarang nak cerita tentang kesihatan mereka. Betul atau tak? Sekurang-kurangnya kita sebagai anak-anak haruslah lebih peka tambahan bila kita tinggal berjauhan dengan mereka.

Shaklee mempunyai supplement yang sesuai untuk penjagaan kesihatan ibubapa. Dalam set tersebut mengandungi vitamin seperti Vita-Lea (multivitamin Shaklee yang pertama di dunia), Vitamin C, B Complex, Omega Guard, ESP dan Vivix.

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Set Penjagaan Kesihatan Warga Emas

1. Vita-Lea

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga


Vita-Lea Shaklee merupakan multi-vitamin pertama yang dicipta di dunia dan kini telah berusia lebih daripada 100 tahun. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Ianya kini diformulasikan dengan zat besi dan merupakan multi-vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Manakala mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Antara Kelebihan Vita-Lea:


  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kuku, kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tiriod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati.

2. B Complex


Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk medapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah merupakan vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.

Kelebihan Vitamin B Complex:

  • Menukar Makanan Kepada Tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan Tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Baik Untuk Mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus.
  • Masalah Rambut - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Mencegah Anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, keletihan dan juga migrain.

3. Sustained Release Vitamin C


Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 biji tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia juga mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Kelebihan Sustained Release Vitamin C:

  • Membentuk Kolagen - meransang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asthma. Ia juga membantu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
  • Memerangi Kanser - ia merupakan satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit - pengambilan Vitamin C setiap hari boleh melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kepada kejadian jeragat.

4. Omega Guard

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan diperbuat daripada minyak hati ikan. Oleh itu, Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat berbanding dengan ketumpatan minyak hati ikan.

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3, EPA dan DHA. 

Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan bahawa ianya mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Kelebihan Omega Guard Shaklee:

  • Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan menjadikan peredaran darah lebih lancar. Ia juga efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal, merendahkan tahap kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan,  membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal obesiti, mencegah arteriosclerosis serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu Tumbesaran Dan Perkembangan Otak Janin Dan Perkembangan Memori - DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. DHA juga meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.
  • Meningkatkan Sistem Imun Dan Menyihatkan Paru-Paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Memelihara Fungsi-Fungsi Sendi (arthritis) - paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia juga dapat mencegah arthritis serta gout dan memelihara fungsi-fungsi sendi.
  • Mencegah Insomnia Dan Membantu Mengurangkan Tekanan - kajian telah menunjukkan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, imsomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

5. Energizing Soy Protein (ESP)


Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanyalah dari sumber "non-gmo" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

ESP Shaklee ini juga merupakan satu-satunya produk yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala kandungan Index Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Set hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric serta sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Kelebihan ESP:

  • Pembekal Tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia serta tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan melambatkan penuaan.
  • Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori
  • Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.
  • Baik Untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Ia juga dapat membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Awet Muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
  • Kulit Remaja - meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen kepada anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan kesembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

6. Vivix

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga

Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Polifenol pula merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee dihasilkan mengunakan campuran unik botani daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry​ Eropah dan Lobak Ungu yang sangat kaya dengan polifenol.

Kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. Ia juga membantu memelihara atau menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan anti-oksidan, peningkatan tenaga dan juga kesihatan.

Kelebihan Vivix:

  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Seandainya kita punya rasa sayang terhadap ibubapa dan menghargai susah-payah mereka menjaga kita sewaktu kita kecil, apalah salahnya untuk kita berkorban sedikit demi kesihatan dan kebaikan orang tua kita. Berikan yang terbaik semampunya kita demi kesejahteraan mereka meniti hari-hari tua.

Sepanjang bulan Disember ini juga merupakan promosi Vivix. Anda boleh dapatkan sebelum terlambat. 

Supplement Semulajadi Terbaik Untuk Warga Emas Supaya Kekal Sihat Dan Bertenaga



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tuesday, 28 March 2017

Cara Menjaga Rambut Rosak Agar Sihat Secara Mudah

Assalamualaikum.

Rambut merupakan salah satu mahkota penting bagi setiap orang terutamanya wanita. Tidak kira apa juga jenis rambut anda sama ada lurus, ikal atau kerinting masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus sudah semestinya mudah dirapi, rambut jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala yang memiliki rambut kerinting sering dikatan unik dan penampilan mereka sering mencuri tumpuan ramai. Namun mahkota wanita ini memerlukan penjagaan rapi agar ia sentiasa kelihatan sihat dan bersinar. Apatah lagi bagi wanita yang bertudung. 


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


Selain daripada menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda jugak perlu mengamalkan diet yang sihat selain melakukan perawatan rambut. Namun jangan ingat perawatan rambut ini hanya boleh dilakukan di salon. Anda jugak boleh melakukan perawatan ini di rumah. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut rosak seperti bercabang dan berkelemumur boleh cuba petua tradisi untuk anda miliki rambut sihat dan bersinar.

5 Petua Baiki Rambut Rosak Secara Tradisi


1. Santan Untuk Hitamkan Rambut

Sapu rata santan pada seluruh rambut kemudian balut kepala menggunakan tuala. Perapkan lebih kurang 15-20 minit. Kemudian bilaskan rambut sehingga bersih. Lakukan proses ini dua kali sebulan. Santan bukan saja dapat menghitamkan rambut malah ia jugak dapat menyuburkan serta menyejukkan kulit kepala.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

2. Limau Purut Untuk Hilangkan Kegatalan Serta Kelemumur

Untuk menghilangkan Kelemumur atau kegatalan pada kulit kepala, gosok bahagian yang gatal dengan buah limau purut secara perlahan-lahan. Potong buah limau tersebut kepada dua bahagian dan gosokkan secara rata dan bilas sehingga bersih. Lakukan selang sehari bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


3. Daun Bunga Raya Lebatkan Rambut

Ramaskan daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu balutkan kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bila sehingga bersih. Daun bunga raya dikatakan dapat membantu melebatkan rambutdan membuatkan rambut kelihatan berkilat.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

4. Khasiat Lendir Daun Lidah Buaya

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut kerana kepala mereka merasa panas. Bagi mengatasi masalah ini, sapukan lendir daun lidah buaya pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Lendir daun lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala serta mengatasi masalah rambut kering serta gugur.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


5. Yogurt Perapi Rambut Semulajadi

Yogurt bukan saja enak untuk dimakan tetapi ia jugak mempunyai manfaat yang lain. Salah satu daripadanya adalah ia dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini dapat membantu merawat rambut yang rosak. Sapukan yogurt pada rambut dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi



credit to: Mingguan Wanita

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Sunday, 26 March 2017

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

Assalamualaikum.

Ramai ibu-ibu menghadapi masalah ketika berpantang kerana kurangnya persediaan sama ada dari segi fizikal mahu pun mental. Ini sering kali terjadi terutamanya kepada ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


Kali ini saya ingin berkongsi antara masalah-masalah yang boleh dihadapi oleh ibu-ibu semasa berpantang. Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal berpantang terutamanya kepada ibu-ibu yang baru supaya lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari berpantang.(^___*)

Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa berpantang


1. Rengat

Rengat merupakan kesakitan yang teramat sangat seakan-akan seperti hendak bersalin pada bahagian perut dan rahim. Ianya berisiko terjadi kepada ibu-ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama dengan uri.

Tips: Untuk mengelakkan rengat, ibu-ibu perlu bertungku seluruh badan seawal selepas bersalin sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya ibu-ibu bertungku dua kali sehari. Sekiranya berlaku masalah rengat, lebihkan bertungku di bahagian bawah pinggul dan belakang pinggang.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

2. Bentan

Bentan adalah rasa lenguh dan sakit urat serta seluruh badan terasa lemah dan lesu. Ibu-ibu jugak mungkin akan demam. Ini berlaku akibat daripada ibu-ibu tidak berpantang makan dan minum, makan makanan yang sejuk atau terlanggar benda keras.

Tips: Ibu-ibu perlu menyapu minyak ke seluruh badan seelok-eloknya minyak yang memberikan kesan panas kepada badan. Badan haruslah diselimut dengan selimut yang tebal atau ibu harus memakai pakaian yang berlengan panjang dan mestilah memakai stoking. Apabila badan berpeluh barulah bentan akan hilang. 


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

3. Sembelit

Seawal selepas bersalin, ibu-ibu akan berasa fobia untuk ke tandas disebabkan luka jahitan yang masih baru. Selain daripada itu kurangnya minum air jugak merupakan salah satu punca berlakunya masalah sembelit.

Tips: Ibu-ibu perlu mengambil makanan yang berprotein tinggi serta makanan yang berserat tinggi. Selain daripada itu ibu-ibu jugak perlu minum air yang secukupnya bukan saja untuk mengelakkan masalah sembelit tetapi jugak untuk memastikan ibu-ibu tidak mengalami dehidrasi. 

Ostematrix Shaklee dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit semasa berpantang. Kandungan magnesium yang terdapat dalam vitamin tersebut dapat membantu melembutkan najis dan ini akan memudahkan ibu-ibu untuk membuang air besar.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


4. Bengkak Susu

Masalah bengkak susu merupakan antara masalah yang sering berlaku kepada ibu-ibu yang tengah berpantang dan jugak menyusu badan. Masalah ini berlaku kerana terdapat saluran yang tersumbat yang menjadikan aliran susu tidak lancar. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ibu-ibu mungkin akan mengalami demam dan kadang-kala boleh menyebabkan jangkitan yang memerlukan ibu-ibu menjalankan pembedahan kecil.

Tips: Ibu-ibu perlu lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas di tempat yang bengkak. Kemudian urut di kawasan yang bengkak dan perah keluar susu sama ada menggunakan tangan atau pun pam susu.

Lecithin Shaklee membantu dalam menghalang berlakunya 'clog duct' serta membantu melancarkan aliran susu.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

5. Depresi

Masalah ini boleh berlaku akibat daripada kekurangan waktu rehat, bayi meragam, masalah penyusuan dan lain-lain lagi. Ini sering kali terjadi kepada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan yang tiada pengalaman dalam menguruskan bayi.

Tips: Ibu yang tengah berpantang tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam menguruskan dirinya sendiri serta menguruskan bayi. Sokongan daripada suami adalah paling penting begitu jugak dengan ahli keluarga yang lain. Emosi seorang ibu yang tengah berpantang haruslah sentiasa stabil dan tenang. 

Vitamin B Complex Shaklee bertindak sebagai vitamin penenang dan dapat membantu dalam menangani masalah stress atau meroyan bagi ibu-ibu yang tengah berpantang.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


Adalah amat penting bagi seorang wanita untuk menjaga kesihatan diri tambahan pula dalam keadaan berpantang. Ini adalah kerana kita baru lepas melalui satu proses yang amat menyakitkan ketika bersalin. Oleh itu penting untuk kita menjaga kesihatan diri dengan memastikan badan kita sembuh dengan sepenuh nya dan sebaiknya.

Pesanan ibu mertua yang akan saya ingat sampai bila-bila "Badan kita nak pakai lama." (^___*)

Anda boleh baca tentang Set Asas Berpantang Shaklee dengam hanya klik di bawah ini.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


Atau boleh klik di SINI untuk dapatkan terus Set Asas Berpantang Shaklee


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Saturday, 25 March 2017

Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah ramai ibu-ibu moden yang berpantang memilih untuk mengamalkan pengambilan vitamin berbanding dengan pengambilan jamu. Ini kerana ramuan herba dalam jamu yang dikatakan panas boleh menyebabkan bayi akan dijangkiti "jaundis" (demam kuning) atau boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan.

Set Berpantang Shaklee semakin menjadi pilihan ramai kerana ianya sesuai untu diamalkan sama ada oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal mahu pun secara pembedahan. Tambahan pulak vitamin-vitamin nya dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi maka ianya selamat untuk diamalkan dan tiada kesan sampingan kepada ibu dan juga bayi. Selain daripada itu, ianya jugak dapat membantu ibu-ibu agar tidak sembelit semasa berpantang disamping berkesan mengembalikan tenaga ibu serta mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.


Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi
Set Asas Berpantang Shaklee
(Klik Sini Sekiranya Berminat)

Senarai Vitamin Yang Terdapat Dalam Set Asas Berpantang Shaklee


1. Vitalea (Multivitamin dengan Zat Besi)

Vitamin ini dapat membantu mengembalikan kecergasan kepada ibu sama ada dari segi fizikal dan jugak mental.Selain itu, vitamin ini jugak memberi tenaga kepada ibu serta dapat mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Ini akan menjadikan ibu kurang berasa letih dan tidak lesu.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


2. B-Complex

Pengambilan vitamin ini dapat membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu yang tegah berpantang. Selain itu, vitamin ini jugak dapat membekalkan tenaga serta membantu dalam kesimbangan hormon.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


3. Sustained Released Vitamin C

Adalah amat penting bagi ibu berpantang untuk mengambil vitamin C kerana untuk membantu menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kira bersalin secara normal ataupun secara pembedahan. Vitamin C membantu dalam proses membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin. Selain itu, vitamin C jugak penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, ini bagi mengelakkan ibu daripada mudah terkena jangkitan demam dan selsema.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


4. Ostematrix

Ostematrix Shaklee adalah merupakan sumber kalsium yang dapat membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu yang tengah berpantang. Selain itu, Ostematrix jugak dapat mengatasi masalah kekejangan otot atau kebas-kebas yang selalu berlaku dalam tempoh berpantang. Ia jugak dapat membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu berpantang serta berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang.


Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi



Adalah amat penting untuk ibu-ibu yang bakal bersalin atau tengah berpantang memilih Set Bersalin yang selamat bukan saja untuk diri sendiri malah untuk bayi sekali. Set Bersalin Shaklee merupakan pilihan yang terbaik kerana ianya telah terbukti selamat dan jugak berkesan. Selain daripada itu, Set Bersalin Shaklee jugak memang menjimatkan kerana ia bukanlah boleh diamalkan hanya ketika berpantang tetapi boleh diteruskan sehingga selepas berpantang. 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia