Tuesday, 28 March 2017

Cara Menjaga Rambut Rosak Agar Sihat Secara Mudah

Assalamualaikum.

Rambut merupakan salah satu mahkota penting bagi setiap orang terutamanya wanita. Tidak kira apa juga jenis rambut anda sama ada lurus, ikal atau kerinting masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus sudah semestinya mudah dirapi, rambut jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala yang memiliki rambut kerinting sering dikatan unik dan penampilan mereka sering mencuri tumpuan ramai. Namun mahkota wanita ini memerlukan penjagaan rapi agar ia sentiasa kelihatan sihat dan bersinar. Apatah lagi bagi wanita yang bertudung. 


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


Selain daripada menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda jugak perlu mengamalkan diet yang sihat selain melakukan perawatan rambut. Namun jangan ingat perawatan rambut ini hanya boleh dilakukan di salon. Anda jugak boleh melakukan perawatan ini di rumah. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut rosak seperti bercabang dan berkelemumur boleh cuba petua tradisi untuk anda miliki rambut sihat dan bersinar.

5 Petua Baiki Rambut Rosak Secara Tradisi


1. Santan Untuk Hitamkan Rambut

Sapu rata santan pada seluruh rambut kemudian balut kepala menggunakan tuala. Perapkan lebih kurang 15-20 minit. Kemudian bilaskan rambut sehingga bersih. Lakukan proses ini dua kali sebulan. Santan bukan saja dapat menghitamkan rambut malah ia jugak dapat menyuburkan serta menyejukkan kulit kepala.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

2. Limau Purut Untuk Hilangkan Kegatalan Serta Kelemumur

Untuk menghilangkan Kelemumur atau kegatalan pada kulit kepala, gosok bahagian yang gatal dengan buah limau purut secara perlahan-lahan. Potong buah limau tersebut kepada dua bahagian dan gosokkan secara rata dan bilas sehingga bersih. Lakukan selang sehari bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


3. Daun Bunga Raya Lebatkan Rambut

Ramaskan daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu balutkan kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bila sehingga bersih. Daun bunga raya dikatakan dapat membantu melebatkan rambutdan membuatkan rambut kelihatan berkilat.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

4. Khasiat Lendir Daun Lidah Buaya

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut kerana kepala mereka merasa panas. Bagi mengatasi masalah ini, sapukan lendir daun lidah buaya pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Lendir daun lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala serta mengatasi masalah rambut kering serta gugur.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


5. Yogurt Perapi Rambut Semulajadi

Yogurt bukan saja enak untuk dimakan tetapi ia jugak mempunyai manfaat yang lain. Salah satu daripadanya adalah ia dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini dapat membantu merawat rambut yang rosak. Sapukan yogurt pada rambut dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi



credit to: Mingguan Wanita

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment