Assalamualaikum.
Ramai ibu-ibu menghadapi masalah ketika berpantang kerana kurangnya persediaan sama ada dari segi fizikal mahu pun mental. Ini sering kali terjadi terutamanya kepada ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan.
Kali ini saya ingin berkongsi antara masalah-masalah yang boleh dihadapi oleh ibu-ibu semasa berpantang. Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal berpantang terutamanya kepada ibu-ibu yang baru supaya lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari berpantang.(^___*)
Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa berpantang
1. Rengat
Rengat merupakan kesakitan yang teramat sangat seakan-akan seperti hendak bersalin pada bahagian perut dan rahim. Ianya berisiko terjadi kepada ibu-ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama dengan uri.
Tips: Untuk mengelakkan rengat, ibu-ibu perlu bertungku seluruh badan seawal selepas bersalin sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya ibu-ibu bertungku dua kali sehari. Sekiranya berlaku masalah rengat, lebihkan bertungku di bahagian bawah pinggul dan belakang pinggang.
2. Bentan
Bentan adalah rasa lenguh dan sakit urat serta seluruh badan terasa lemah dan lesu. Ibu-ibu jugak mungkin akan demam. Ini berlaku akibat daripada ibu-ibu tidak berpantang makan dan minum, makan makanan yang sejuk atau terlanggar benda keras.
Tips: Ibu-ibu perlu menyapu minyak ke seluruh badan seelok-eloknya minyak yang memberikan kesan panas kepada badan. Badan haruslah diselimut dengan selimut yang tebal atau ibu harus memakai pakaian yang berlengan panjang dan mestilah memakai stoking. Apabila badan berpeluh barulah bentan akan hilang.
3. Sembelit
Seawal selepas bersalin, ibu-ibu akan berasa fobia untuk ke tandas disebabkan luka jahitan yang masih baru. Selain daripada itu kurangnya minum air jugak merupakan salah satu punca berlakunya masalah sembelit.
Tips: Ibu-ibu perlu mengambil makanan yang berprotein tinggi serta makanan yang berserat tinggi. Selain daripada itu ibu-ibu jugak perlu minum air yang secukupnya bukan saja untuk mengelakkan masalah sembelit tetapi jugak untuk memastikan ibu-ibu tidak mengalami dehidrasi.
Ostematrix Shaklee dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit semasa berpantang. Kandungan magnesium yang terdapat dalam vitamin tersebut dapat membantu melembutkan najis dan ini akan memudahkan ibu-ibu untuk membuang air besar.
4. Bengkak Susu
Masalah bengkak susu merupakan antara masalah yang sering berlaku kepada ibu-ibu yang tengah berpantang dan jugak menyusu badan. Masalah ini berlaku kerana terdapat saluran yang tersumbat yang menjadikan aliran susu tidak lancar. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ibu-ibu mungkin akan mengalami demam dan kadang-kala boleh menyebabkan jangkitan yang memerlukan ibu-ibu menjalankan pembedahan kecil.
Tips: Ibu-ibu perlu lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas di tempat yang bengkak. Kemudian urut di kawasan yang bengkak dan perah keluar susu sama ada menggunakan tangan atau pun pam susu.
Lecithin Shaklee membantu dalam menghalang berlakunya 'clog duct' serta membantu melancarkan aliran susu.
5. Depresi
Masalah ini boleh berlaku akibat daripada kekurangan waktu rehat, bayi meragam, masalah penyusuan dan lain-lain lagi. Ini sering kali terjadi kepada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan yang tiada pengalaman dalam menguruskan bayi.
Tips: Ibu yang tengah berpantang tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam menguruskan dirinya sendiri serta menguruskan bayi. Sokongan daripada suami adalah paling penting begitu jugak dengan ahli keluarga yang lain. Emosi seorang ibu yang tengah berpantang haruslah sentiasa stabil dan tenang.
Vitamin B Complex Shaklee bertindak sebagai vitamin penenang dan dapat membantu dalam menangani masalah stress atau meroyan bagi ibu-ibu yang tengah berpantang.
Adalah amat penting bagi seorang wanita untuk menjaga kesihatan diri tambahan pula dalam keadaan berpantang. Ini adalah kerana kita baru lepas melalui satu proses yang amat menyakitkan ketika bersalin. Oleh itu penting untuk kita menjaga kesihatan diri dengan memastikan badan kita sembuh dengan sepenuh nya dan sebaiknya.
Pesanan ibu mertua yang akan saya ingat sampai bila-bila "Badan kita nak pakai lama." (^___*)
Anda boleh baca tentang Set Asas Berpantang Shaklee dengam hanya klik di bawah ini.
Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi
Atau boleh klik di SINI untuk dapatkan terus Set Asas Berpantang Shaklee
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment