Tuesday, 28 March 2017

Cara Menjaga Rambut Rosak Agar Sihat Secara Mudah

Assalamualaikum.

Rambut merupakan salah satu mahkota penting bagi setiap orang terutamanya wanita. Tidak kira apa juga jenis rambut anda sama ada lurus, ikal atau kerinting masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus sudah semestinya mudah dirapi, rambut jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala yang memiliki rambut kerinting sering dikatan unik dan penampilan mereka sering mencuri tumpuan ramai. Namun mahkota wanita ini memerlukan penjagaan rapi agar ia sentiasa kelihatan sihat dan bersinar. Apatah lagi bagi wanita yang bertudung. 


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


Selain daripada menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda jugak perlu mengamalkan diet yang sihat selain melakukan perawatan rambut. Namun jangan ingat perawatan rambut ini hanya boleh dilakukan di salon. Anda jugak boleh melakukan perawatan ini di rumah. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut rosak seperti bercabang dan berkelemumur boleh cuba petua tradisi untuk anda miliki rambut sihat dan bersinar.

5 Petua Baiki Rambut Rosak Secara Tradisi


1. Santan Untuk Hitamkan Rambut

Sapu rata santan pada seluruh rambut kemudian balut kepala menggunakan tuala. Perapkan lebih kurang 15-20 minit. Kemudian bilaskan rambut sehingga bersih. Lakukan proses ini dua kali sebulan. Santan bukan saja dapat menghitamkan rambut malah ia jugak dapat menyuburkan serta menyejukkan kulit kepala.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

2. Limau Purut Untuk Hilangkan Kegatalan Serta Kelemumur

Untuk menghilangkan Kelemumur atau kegatalan pada kulit kepala, gosok bahagian yang gatal dengan buah limau purut secara perlahan-lahan. Potong buah limau tersebut kepada dua bahagian dan gosokkan secara rata dan bilas sehingga bersih. Lakukan selang sehari bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


3. Daun Bunga Raya Lebatkan Rambut

Ramaskan daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu balutkan kepala dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bila sehingga bersih. Daun bunga raya dikatakan dapat membantu melebatkan rambutdan membuatkan rambut kelihatan berkilat.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi

4. Khasiat Lendir Daun Lidah Buaya

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut kerana kepala mereka merasa panas. Bagi mengatasi masalah ini, sapukan lendir daun lidah buaya pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Lendir daun lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala serta mengatasi masalah rambut kering serta gugur.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi


5. Yogurt Perapi Rambut Semulajadi

Yogurt bukan saja enak untuk dimakan tetapi ia jugak mempunyai manfaat yang lain. Salah satu daripadanya adalah ia dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini dapat membantu merawat rambut yang rosak. Sapukan yogurt pada rambut dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Penjagaan Rambut Agar Sihat Secara Semulajadi



credit to: Mingguan Wanita

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Sunday, 26 March 2017

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

Assalamualaikum.

Ramai ibu-ibu menghadapi masalah ketika berpantang kerana kurangnya persediaan sama ada dari segi fizikal mahu pun mental. Ini sering kali terjadi terutamanya kepada ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


Kali ini saya ingin berkongsi antara masalah-masalah yang boleh dihadapi oleh ibu-ibu semasa berpantang. Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal berpantang terutamanya kepada ibu-ibu yang baru supaya lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari berpantang.(^___*)

Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa berpantang


1. Rengat

Rengat merupakan kesakitan yang teramat sangat seakan-akan seperti hendak bersalin pada bahagian perut dan rahim. Ianya berisiko terjadi kepada ibu-ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama dengan uri.

Tips: Untuk mengelakkan rengat, ibu-ibu perlu bertungku seluruh badan seawal selepas bersalin sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya ibu-ibu bertungku dua kali sehari. Sekiranya berlaku masalah rengat, lebihkan bertungku di bahagian bawah pinggul dan belakang pinggang.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

2. Bentan

Bentan adalah rasa lenguh dan sakit urat serta seluruh badan terasa lemah dan lesu. Ibu-ibu jugak mungkin akan demam. Ini berlaku akibat daripada ibu-ibu tidak berpantang makan dan minum, makan makanan yang sejuk atau terlanggar benda keras.

Tips: Ibu-ibu perlu menyapu minyak ke seluruh badan seelok-eloknya minyak yang memberikan kesan panas kepada badan. Badan haruslah diselimut dengan selimut yang tebal atau ibu harus memakai pakaian yang berlengan panjang dan mestilah memakai stoking. Apabila badan berpeluh barulah bentan akan hilang. 


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

3. Sembelit

Seawal selepas bersalin, ibu-ibu akan berasa fobia untuk ke tandas disebabkan luka jahitan yang masih baru. Selain daripada itu kurangnya minum air jugak merupakan salah satu punca berlakunya masalah sembelit.

Tips: Ibu-ibu perlu mengambil makanan yang berprotein tinggi serta makanan yang berserat tinggi. Selain daripada itu ibu-ibu jugak perlu minum air yang secukupnya bukan saja untuk mengelakkan masalah sembelit tetapi jugak untuk memastikan ibu-ibu tidak mengalami dehidrasi. 

Ostematrix Shaklee dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit semasa berpantang. Kandungan magnesium yang terdapat dalam vitamin tersebut dapat membantu melembutkan najis dan ini akan memudahkan ibu-ibu untuk membuang air besar.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


4. Bengkak Susu

Masalah bengkak susu merupakan antara masalah yang sering berlaku kepada ibu-ibu yang tengah berpantang dan jugak menyusu badan. Masalah ini berlaku kerana terdapat saluran yang tersumbat yang menjadikan aliran susu tidak lancar. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ibu-ibu mungkin akan mengalami demam dan kadang-kala boleh menyebabkan jangkitan yang memerlukan ibu-ibu menjalankan pembedahan kecil.

Tips: Ibu-ibu perlu lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas di tempat yang bengkak. Kemudian urut di kawasan yang bengkak dan perah keluar susu sama ada menggunakan tangan atau pun pam susu.

Lecithin Shaklee membantu dalam menghalang berlakunya 'clog duct' serta membantu melancarkan aliran susu.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang

5. Depresi

Masalah ini boleh berlaku akibat daripada kekurangan waktu rehat, bayi meragam, masalah penyusuan dan lain-lain lagi. Ini sering kali terjadi kepada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan yang tiada pengalaman dalam menguruskan bayi.

Tips: Ibu yang tengah berpantang tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam menguruskan dirinya sendiri serta menguruskan bayi. Sokongan daripada suami adalah paling penting begitu jugak dengan ahli keluarga yang lain. Emosi seorang ibu yang tengah berpantang haruslah sentiasa stabil dan tenang. 

Vitamin B Complex Shaklee bertindak sebagai vitamin penenang dan dapat membantu dalam menangani masalah stress atau meroyan bagi ibu-ibu yang tengah berpantang.


Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Semasa Berpantang


Adalah amat penting bagi seorang wanita untuk menjaga kesihatan diri tambahan pula dalam keadaan berpantang. Ini adalah kerana kita baru lepas melalui satu proses yang amat menyakitkan ketika bersalin. Oleh itu penting untuk kita menjaga kesihatan diri dengan memastikan badan kita sembuh dengan sepenuh nya dan sebaiknya.

Pesanan ibu mertua yang akan saya ingat sampai bila-bila "Badan kita nak pakai lama." (^___*)

Anda boleh baca tentang Set Asas Berpantang Shaklee dengam hanya klik di bawah ini.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


Atau boleh klik di SINI untuk dapatkan terus Set Asas Berpantang Shaklee


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Saturday, 25 March 2017

Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah ramai ibu-ibu moden yang berpantang memilih untuk mengamalkan pengambilan vitamin berbanding dengan pengambilan jamu. Ini kerana ramuan herba dalam jamu yang dikatakan panas boleh menyebabkan bayi akan dijangkiti "jaundis" (demam kuning) atau boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan.

Set Berpantang Shaklee semakin menjadi pilihan ramai kerana ianya sesuai untu diamalkan sama ada oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal mahu pun secara pembedahan. Tambahan pulak vitamin-vitamin nya dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi maka ianya selamat untuk diamalkan dan tiada kesan sampingan kepada ibu dan juga bayi. Selain daripada itu, ianya jugak dapat membantu ibu-ibu agar tidak sembelit semasa berpantang disamping berkesan mengembalikan tenaga ibu serta mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.


Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi
Set Asas Berpantang Shaklee
(Klik Sini Sekiranya Berminat)

Senarai Vitamin Yang Terdapat Dalam Set Asas Berpantang Shaklee


1. Vitalea (Multivitamin dengan Zat Besi)

Vitamin ini dapat membantu mengembalikan kecergasan kepada ibu sama ada dari segi fizikal dan jugak mental.Selain itu, vitamin ini jugak memberi tenaga kepada ibu serta dapat mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Ini akan menjadikan ibu kurang berasa letih dan tidak lesu.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


2. B-Complex

Pengambilan vitamin ini dapat membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu yang tegah berpantang. Selain itu, vitamin ini jugak dapat membekalkan tenaga serta membantu dalam kesimbangan hormon.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


3. Sustained Released Vitamin C

Adalah amat penting bagi ibu berpantang untuk mengambil vitamin C kerana untuk membantu menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kira bersalin secara normal ataupun secara pembedahan. Vitamin C membantu dalam proses membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin. Selain itu, vitamin C jugak penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, ini bagi mengelakkan ibu daripada mudah terkena jangkitan demam dan selsema.



Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi


4. Ostematrix

Ostematrix Shaklee adalah merupakan sumber kalsium yang dapat membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu yang tengah berpantang. Selain itu, Ostematrix jugak dapat mengatasi masalah kekejangan otot atau kebas-kebas yang selalu berlaku dalam tempoh berpantang. Ia jugak dapat membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu berpantang serta berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang.


Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Semulajadi



Adalah amat penting untuk ibu-ibu yang bakal bersalin atau tengah berpantang memilih Set Bersalin yang selamat bukan saja untuk diri sendiri malah untuk bayi sekali. Set Bersalin Shaklee merupakan pilihan yang terbaik kerana ianya telah terbukti selamat dan jugak berkesan. Selain daripada itu, Set Bersalin Shaklee jugak memang menjimatkan kerana ia bukanlah boleh diamalkan hanya ketika berpantang tetapi boleh diteruskan sehingga selepas berpantang. 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Wednesday, 22 March 2017

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu

Assalamualaikum.

Berpantang sememangnya merupakan satu amalan yang penting selepas seorang wanita melahirkan anak. Amalan ini telah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ini dilakukan bagi memastikan ibu benar-benar sihat serta bertenaga dan jugak stabil dari segi emosi setelah melalui proses bersalin. Paling penting semasa berpantang, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada ibu-ibu yang baru saja melalui proses bersalin ini. 

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


Namun sekarang ini terdapat jugak ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri. Dalam makna kata yang lain tidak meminta pertolongan daripada ibu sendiri mahupun ibu mertua. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia mereka ataupun mungkin kerana mereka mempunyai masalah kesihatan.

Pengalaman saya berpantang sendiri hanyalah selepas melahirkan anak yang ke-empat. Perkara penting untuk berpantang sendiri adalah incik suami haruslah memainkan peranan dalam menjaga isteri. Selain itu, kita juga perlu ada pengetahuan dan keazaman yang tinggi kerana berpantang ni perlukan azam yang tinggi. Tak boleh main ikut dan je. Hehehe.

Antara amalan berpantang yang perlu diamalkan untuk sihat luaran dan dalaman


1. Berurut

Berurut secara am nya adalah bertujuan untuk membetulkan segala urat supaya dapat melancarkan pengaliran darah. Ini adalah penting bagi menyingkirkan darah kotor atau darah beku yang masih ada di dalam rahim. Selain itu, berurut jugak dapat membantu memecahkan lemak di dalam badan. 

Selalunya berurut ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut, atau sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tempoh berpantang.

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu

2. Bertungku

Bertungku perlu dilakukan setiap hari sepanjang tempoh berpantang bagi membantu mengecutkan rahim serta melancarkan pengeluaran saki-baki darah kotor yang masih ada di dalamnya. Selalunya selepas bertungku aliran darah nifas akan menjadi lebih lancar.

Bertungku yang paling baik adalah menggunakan batu yang dipanaskan dan kemudian dibalut dengan kain.

Pengalaman saya semasa berpantang, saya akan bertungku seawal subuh hari kerana pada masa ini bayi masih belum terjaga. 

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


3. Berbengkung

Bengkung secara umumnya adalah sehelai kain yang dililit pada badan dari paras bawah dada hingga ke punggung. Berbengkung dapat membantu menghilangkan masalah perut buncit selepas bersalin.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis bengkung yang dijual bagi membantu memudahkan ibu-ibu memakai sendiri semasa berpantang.

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


4. Mandi Herba

Ingat lagi sewaktu saya berpantang untuk anak pertama, ibu mertua saya akan menyediakan air rebusan dari daun-daun herba yang terdapat di tanam di sekitar kawasan rumah. Antara daun-daun herba yang digunakan adalah daun kunyit, daun pandan, daun serai wangi, daun mengkudu, daun inai, daun sireh dan jugak daun lengkuas. Namun sekarang mandian herba ini terdapat dijual dalam set-set berpantang dalam bentuk pek uncang. Lebih mudah kan?

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


5. Bertangas

Bertangas jugak amat penting bagi membantu penyembuhan faraj dan jugak rahim. selain daripada itu, herba yang terdapat dalam set bertangas atau pun daun-daun herba mampu merawat, memperbaiki urat dan jugak bahagian sulit ibu yang terluka semasa proses melahirkan anak.


Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu

6. Memakai Pilis

Saya sendiri sebenarnya pernah jugak skip memakai pilis masa berpantang anak pertama sampai anak ketiga. Konon tak suka dengan bau dan malas pakai kerana ia sering tertanggal bila dah kering. Huhu. Tapi sebenarnya memakai pilis ini penting bagi mengelakkan ibu-ibu merasa pening, loya dan jugak mual akibat daripada masuk angin.


Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu

7. Mengambil Jamu atau Supplement

Ini adalah sangat penting bagi memastikan badan ibu-ibu kembali sihat selepas melalui proses bersalin. Seain daripada itu, pengambilan jamu dan supplement jugak penting bagi membantu memulihkan luka selepas bersalin. Sekiranya ibu-ibu menyusu badan perlu jugak diambil berat tentang kandungan jamu yang mungkin akan memberikan kesan kepada bayi. Pilih jamu atau supplement yang selamat untuk ibu dan jugak bayi. Macam saya sendiri memilih Set Berpantang Shaklee kerana dapat diambik seawal sehari selepas bersalin. Selain itu jugak, vitamin Shaklee selamat untuk diamalkan oleh ibu-ibu serta bayi.

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu

8. Makanan Berkhasiat

Selepas bersalin, ibu-ibu perlu menjaga pemakanan supaya badan akan lebih cepat pulih dan sihat. Adalah penting untuk mengelakkan pengambilan makanan yang terlampau pedas, berlemak, yang boleh mengakibatkan kegatalan serta air sejuk. Menu ibu bersalin walaupun dimasak secara rebus, kukus dan panggang tapi tetap sedap untuk dimakan. Elakkan jugak pengambilan lemak, gula serta minyak yang berlebihan. Penting jugak untuk ibu-ibu mengetahui tentang makanan yang harus dielakkan sepanjang tempoh berpantang. Untung-untung dengan berpantang ibu-ibu jugak boleh menurunkan berat badan. (^___*)

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


Paling penting untuk berpantang sendiri adalah mendapat kerjasama daripada pasangan. Ini kerana isteri yang tengah berpantang pergerakan mereka adalah terbatas. Jadi suami perlulah memainkan peranan menggantikan tugas-tugas isteri dalam menguruskan kerja rumah. Sebagai contoh bagi suami yang tidak tahu memasak boleh membantu menyediakan segala persiapan untuk memasak seperti membersihkan bahan-bahan mentah supaya memudahkan isteri untuk memasak. 

 
Tips Berpantang Sendiri Tanpa Rasa Ragu


Namun sekarang ini terdapat pakej berpantang yang menawarkan bukan setakat penjagaan ibu berpantang, malah turut menawarkan khidmat memasak bagi ibu berpantang serta menjaga bayi yang baru lahir. Cuma perlu disediakan ongkos nya saja. (^___*)


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia




 

Sunday, 19 March 2017

Pengedar Shaklee Taiping: Hanya Yang Terbaik Untuk Anda

Assalamualaikum.

Hi lovelies. Welcome to my blog. (^__^)

Pengedar Shaklee Taiping: Hanya Yang Terbaik Untuk Anda

Saya Pengedar Sah Shaklee

No. ID: 957591

Contact Number: 011.1548.3477


Saya sentiasa bersedia untuk memberikan konsultasi kepada anda yang memerlukan pertolongan tentang pengambilan supplement Shaklee bagi membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Paling penting untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA ini anda mestilah membeli dengan saya kerana layanan ini adalah KHAS untuk pelanggan yang saya sayangi. (^__^)

Selain daripada penghantaran secara terus bagi pelanggan yang tinggal di kawasan Taiping, Kamunting, Simpang, Bagan Serai, Batu Kurau, saya jugak boleh menguruskan pesanan anda dengan menggunakan khidmat pengeposan ke seluruh pelusuk Malaysia serta negara-negara yang berdekatan seperti Brunei, Singapura dan jugak Indonesia.

Bagi mereka yang membeli dari saya, follow up akan dibuat sekerap yang mungkin bagi mengetahui perkembangan mereka. Ini bagi memastikan mereka tidak menghadapi mesalah setelah mengambil supplement Shaklee. Selain daripada itu, saya jugak akan terus berhubung untuk memastikan pelanggan mengambil supplement yang dibeli dengan cara makan yang betul supaya mereka mendapat manfaat yang sepatutnya.

Ini antara pelanggan yang berpuas hati setelah mendapat khidmat nasihat tentang pengambilan supplement Shaklee untuk masalah mereka.

1. Pelanggan dengan masalah sembelit


Pengedar Shaklee Taiping: Hanya Yang Terbaik Untuk Anda


2. Pelanggan dengan masalah bengkak susu


Pengedar Shaklee Taiping: Hanya Yang Terbaik Untuk Anda



Niat saya adalah untuk membantu pelanggan yang ingin menjaga kesihatan atau untuk menjadi lebih sihat. Jangan segan untuk menghubungi saya bagi mendapatkan konsultasi terbaik tentang vitamin-vitamin yang sesuai dengan masalah anda.

Kenapa pilih Shaklee? 

Kerana Shaklee adalah yang terbaik!

Vitamin Shaklee adalah daripada bahan yang semulajadi, ada antara vitamin nya telah berada di pasaran selama lebih dari 100 tahun, satu-satunya syarikat supplement yang ada Landmark Study bagi membuktikan vitamin-vitaminnya selamat serta berkesan.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia


Saturday, 18 March 2017

Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

Assalamualaikum.

Bercuti tentunya merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya segala-galanya mengikut apa yang kita rancangkan. Namun demikian terdapat jugak perkara yang tidak dapat kita ramal boleh berlaku. Seandainya ini terjadi bertindak lah dengan bijak. Jangan jadikannya alasan untuk merosakkan percutian anda. 


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

Jom kita tengok apa masalah yang MUNGKIN boleh terjadi semasa bercuti.

1. Kehilangan bagasi ketika di airport

Kalau ini terjadi, jangan panik. Of course kita akan rasa gelabah pada mulanya. Tapi cuba untuk bertenang. Sekiranya kita terlampau panik kita tidak akan dapat berfikir dengan rasional. Segera laporkan kepada pihak berkuasa di kaunter aduan yang disediakan. Polisi insurans travel anda mungkin turut merangkumi kehilangan bagasi, jadi periksalah polisi insurans anda.

Tips: Labelkan beg anda atau letakkan sesuatu yang senang untuk dilihat seperti reben berwarna-warni di bahagian pemegang supaya kita tidak tersalah ambil. Selain itu, selalu ambil gambar bagasi anda supaya sekiranya berlaku masalah seperti ini kita dah ada persediaan awal. Anda jugak boleh simpan semua barang berharga seperti cermin mata/kanta lekap, ubat-ubatan serta pakaian persalinan di dalam beg handcarry.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

2. Ketinggalan kapal terbang

Ini antara masalah yang boleh berlaku sekiranya kita bercuti dengan anak-anak kecil. Hehehe. Sekirana ini terjadi, bertenang dan jangan panik. Sekiranya anda ketinggalan kapal terbang disebabkan kesilapan anda sendiri, anda akan dicaj untuk mengubah penerbangan, bergantung kepada syarikat penerbangan. Sekiranya anda mempunyai akaun sebagai "mereka yang selalu terbang". ia mungkin akan dapat membantu.

Tips: Sekiranya anda mempunyai anak kecil pastikan anda membuat segala persiapan diawal waktu. Anda boleh cuba untuk sampai awal di airport bagi menggelakkan kesesakan ketika daftar masuk. Lagipun kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di pertengahan jalan contohnya seperti kesesakan trafik.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

3. Sesat ketika melancong

Seandainya ini berlaku ketika kita melancong di negara sendiri mungkin kita tidak akan merasa begitu tertekan. Hehehe. Sekiranya ianya berlaku ketika melancong di negara luar cuba untuk tidak panik. Again! Hahahah. Cuba untuk dapatkan bantuan daripada orang yang berhampiran atau dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis tempatan. Ingat pepatah "Malu bertanya sesat jalan". (^__*)

Tips: Sebelum memulakan percutian adalah lebih baik untuk kita membuat sedikit research tentang tempat yang bakal kita pergi. Apatah lagi tempat yang belum pernah kita jejaki. Cuba untuk rancang segala aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang masa bercuti. Dapatkan peta tempat yang bakal anda lawati. Sekarang ni dengan adanya smartphone adalah lebih mudah. Anda hanya perlukan GPS atau Google Maps bagi membantu percutian anda menjadi lancar.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti


4. Sakit ketika bercuti

Perkara yang paling nak dielakkan ketika bercuti adalah jatuh sakit. Tak kira lah anak-anak or anda sendiri. Maklumlah bila dah bercuti ni macam-macam aktiviti kita akan buat seperti mandi kolam terutamanya anak-anak. Makan pun ikut mana sempat je sebab bukan masak sendiri. Kalau saya bercuti memang takkan pandang dah laa segala periuk belanga ni. Hehehe. Dah nama nya bercuti kan. So hentam makan kat kedai yang mana sempat je. 

Tips: Sentiasa pastikan anda membawa ubat-ubatan asas yang mungkin akan diperlukan seperti ubat demam, ubat untuk sakit kepala, ubat untuk sakit perut,ubat untuk alahan sekiranya ada. Bukan senang kita nak cari klinik di tempat yang kita sendiri baru jejak.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti


Saya sendiri kalau bercuti pasti akan bawak vitamin-vitamin yang sering diambil bagi menggelakkan anak-anak dan diri sendiri jatuh sakit ketika tengah berseronok. Boleh klik link di bawah untuk tau vitamin apa yang selalu saya standby ketika bercuti. (^__*)

Bercuti Lebih Seronok Dengan Vitamin Semulajadi


Adalah penting untuk persiapkan diri dan jugak keluarga sebelum merancang untuk bercuti. Terutamanya dari segi kesihatan. So saya harap sharing ini dapat membantu sedikit sebanyak supaya anda dapat bercuti dengan lebih seronok bersama keluarga tersayang. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia