Assalamualaikum.
Bagi ibu-ibu yang hamil bila semakin dekat due date semakin berdebar-debar je rasa nya kan? Tambah pulak bagi ibu-ibu yang hamil untuk kali yang pertama. Apabila kandungan dah masuk 36 weeks segala persediaan untuk bersalin mesti dah siap standby. Sebabnya bila dah 36 weeks ni kandungan dah cukup 9 bulan. So dari 36 weeks hingga ke 40 weeks tu baby boleh keluar bila-bila masa pun. So adalah penting untuk pastikan kita sentiasa bersedia.
Bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil, adalah penting untuk pastikan semua persediaan untuk bersalin telah disediakan seawal 36 weeks. Sediakan semua barang-barang yang diperlukan dalam beg dan letak dalam kereta. So andaikata apa-apa terjadi boleh terus pecut ke hospital. Especially bagi ibu-ibu hamil yang ada masalah seperti tekanan darah tinggi atau GDM perlu lebih standby.
Mengikut pengalaman saya sendiri, masa bersalinkan anak pertama hingga anak keempat saya hanya bawak keperluan untuk diri sendiri dan jugak sepasang persalinan baby. Sebabnya di hospital yang saya admit segala keperluan baby memang depa yang sediakan. Of course segala kos nya dah masuk dalam bil kita. Hahaha.
Tapi kat sini saya akan share sedikit tentang apa barang yang perlu dibawa ke hospital.
Barang yang perlu dibawa ke hospital.
Barang Keperluan Ibu:
1. Buku Merah
Sangat penting sebab pihak hospital perlu untuk rujukan kesihatan ibu-ibu.
2. Maternity Pad
Pilih pad yang boleh buatkan kita rasa selesa. Kalau ikut pengalaman saya suka pakai pad yang jenis 'Overnight' sebab lebih panjang berbanding pad biasa. Sebab untuk menggelakkan berlaku kebocoran. Maklumlah awal-awal bersalin memang heavy laa darah yang keluar pun. Ibu-ibu boleh jugak consider untuk beli Maternity Pad Jenama Pureen. Khabarnya pad jenis tu lembut dan selesa untuk dipakai.
3. Baju Menyusu, Kain Batik dan Tudung
Ibu-ibu boleh spare 2 helai baju menyusu, kain serta tudung. Boleh je kalau nak bawak lebih sebab kita tak tahu berapa lama akan berada di hospital. Kalau ikut pengalaman saya bersalin di hospital swasta, baju dan kain akan disediakan oleh pihak hospital. Tapi tak salah pun kalau kita standby kan?
4. Stoking dan Baju Sejuk
Ni antara keperluan yang sangat penting bagi ibu-ibu lepas bersalin. Mintak tolong pada nurse atau sesiapa yang menemani anda untuk pakaikan. Ini adalah bagi mengelakkan ibu-ibu berasa sejuk dan mengalami masalah masuk angin.
5. Tuala, Berus Gigi, Sabun Mandi, Ubat Gigi dan Pencuci Muka
Of course kena sediakan semua ni kan sebab kita tak tahu berapa lama kita akan berada di hospital. Lagipun pihak hospital tak sediakan ni semua untuk pesakit.
6. Seluar Dalam dan Nursing Bra
Pastikan pilih seluar dalam dan nursing bra yang selesa untuk dipakai. Kalau boleh pilih nursing bra yang mudah anda menyusu. Serta pilih cup yang besar sedikit kerana selalunya breast akan membengkak bila susu dah mula kick in.
7. Selipar
Untuk kegunaan ke bilik air. Pilih selipar yang sesuai dan mudah untuk dipakai oleh anda.
8. Termos, Biskut atau Roti
Walaupun makanan disediakan oleh pihak hospital, sekurang-kurangnya bila anda terasa lapar boleh je bancuh milo dan makan. Ibu-ibu yang menyusu memang akan cepat berasa lapar. ☺
9. Minyak Angin
Selalu nya digunakan selepas ibu-ibu mandi. Ini bagi mengelakkan ibu-ibu berasa sejuk atau masuk angin. Elok disapu pada betis, tapak kaki dan juga lengan. Macam saya pilih Tanamera. Best bau nya dan sedap rasa bila pakai.
10. Handphone dan Charger
Keperluan asas zaman sekarang. Heheheh
11. Bantal Kecil
Saya suka sediakan bantal kecil untuk membantu saya semasa menyusu baby.
12. Set Bersalin
Saya mengamalkan Set Bersalin Shaklee, so memang saya bawak siap-siap ke hospital. Selepas saja bersalin saya terus ambil Ostematrix. Sebabnya saya pernah ada pengalaman sembelit ketika berpantang. Selain daripada tu saya jugak ambik Vitamin C, Vitalea dan juga B Complex sebaik saja lepas bersalin.
Barang Keperluan Bayi:
1. Diaper
Nasihat saya jangan beli pampers size Newborn banyak sangat. Sebabnya baby ni cepat membesar so untuk elakkan pembaziran beli je yang sikit untuk size Newborn. Macam saya dulu terus je beli size S. Sebabnya pampers ni kadang size S pun kecik je. Ikut pada jenama jugak laa danvtengok jugak size baby kita. Heheheh
2. Baju, Seluar dan Topi
Selalunya persalinan baby ni untuk digunakan masa keluar dari hospital. Of course baby pun nak kena comei-comei kan.
3.Tuala Mandi
Biasanya nurse yang akan mandikan baby. Tapi just standby mana tau ada guna nya.
4. Lampin
Saya suka standby lampin untuk guna masa menyusu. Boleh jugak guna untuk lap mulut baby or boleh jugak dijadikan kain bedung baby. Bawak lebih takpe dari kurang or tak bawak langsung. Huhu.
5. Tisu Basah
Boleh standby untuk digunakan masa salin pampers baby. Ibu-ibu mesti tak larat lagi nak basuh berak baby dekat singki kan time awal-awal bersalin kan.
6. Booties dan Mittens
Selain daripada nak elakkan baby sejuk, penting jugak booties & mittens ni sebab kuku baby yang baru lahir agak panjang. So ni untuk elakkan baby dari mencakar muka mereka sendiri.
7. Minyak Angin/Minyak Telon
Standby untuk digunakan bagi mengelakkan baby dari kembung.
So ni serba sikit yang boleh saya share tentang preparation untuk ke hospital. Adalah lebih baik untuk kita siapkan dari awal so kita tak kelam-kabut. Bila dah sampai masanya cuma perlu pecut ke hospital saja. Lagipun kalau dah sakit baru nak mintak tolong suami siapkan, memang harapan sangat laa kan. Ntah-ntah suami lebih gelabahnya dari isteri yang tengah sakit. Hohoho.
---------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
COD: Sekitar Taiping dan kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment