Assalamualaikum.
Travel dengan anak-anak selalu akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa kan. Saya sendiri bila nak travel dengan anak-anak walaupun menaiki kereta sendiri macam-macam dah bermain dalam pemikiran. Tambah pulak kalau perjalanan tu bakal mengambil masa yang lama, Apatah lagi nak menaiki kapal terbang. Mana tak nya, memikirkan anak-anak yang masih kecik dan mungkin akan meragam memang boleh menjadi nightmare bagi ibu bapa. Heheheh.
Tapi kat sini saya nak share sikit tentang macam mana nak memudahkan atau sekurang-kurangnya membantu ibu bapa untuk membuat persediaan awal supaya perjalanan menjadi lancar. At least takde lah parents pun sama naik mengamuk nya kan.
Tips Menaiki Kapal Terbang Dengan Anak Kecil
1. Sediakan segala maklumat intenary dalam sampul atau beg yang mudah untuk kita capai. Sesetengah airlines memerlukan kita untuk tunjukkan birth certificate anak bagi tujuan keselamatan.
2. Pilih tempat yang sesuai untuk anda keluar masuk. Elakkan memilih seat di bahagian tengah kerana akan menyukarkan pergerakan anda.
3. Datang awal ke lapangan terbang untuk proses mendaftarkan diri. Sekurang-kurangnya bila sampai awal boleh daftar dengan tenang. Biasanya keluarga dengan anak kecil akan dibenarkan masuk awal. Boleh check dengan pekerja yang bertugas.
4. Kalau penerbangan yang dinaiki akan mengambil masa yang lama, pastikan bawak makanan yang sesuai untuk anak-anak, permainan yang digemari untuk menghiburkan mereka supaya tidak bosan sepanjang perjalanan.
5. Pastikan bawak air masak untuk anak-anak. Ini kerana penerbangan yang mengambil masa yang lama akan menjadikan tekak kering.
6. Bawak anak-anak ke tandas sebelum berlepas atau tukarkan lampin pakai buang bayi agar mereka selesa.
7. Bawak selimut atau pakaikan anak-anak dengan baju sejuk serta berseluar panjang. Ini kerana suhu di dalam kapal terbang selalunya terlalu sejuk.
8. Pastikan anda membawa handcarry yang lengkap dengan keperluan anak-anak seperti susu, tisu basah, lampin pakai buang, pakaian extra serta minyak angin yang bersaiz kecil (cuba sorokkan).
9. Susukan bayi atau berikan puting tiruan ketika hendak berlepas dan jugak mendarat. Ini kerana perubahan tekanan yang mendadak akan menyebabkan anak-anak berasa sakit telinga.
10. Sekiranya anda membawa bayi, anda boleh booking tempat duduk berhampiran dengan bassinet atau baby coat. Namun demikian tidak semua penerbangan menawarkan perkhidmatan ini. Kemudahan ini sedikit sebanyak dapat melegakan anda sekiranya penerbangan yang ditempuh mengambil masa yang lama.
Diharap tips yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa bagi melancarkan perjalanan menaiki kapal terbang bersama anak-anak. Semoga ianya dapat membantu memberikan pengalaman yang berharga buat anda sekeluarga.
=================================================
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment