Monday, 13 March 2017

Cara Menjaga Anak Demam Campak

Assalamualaikum.

Ibu-ibu ni kalau yang berkaitan dengan anak-anak memang akan jadi hati tisu kan. Tambahan pulak kalau anak-anak tak sihat. Hari ni saya nak share sikit tentang penjagaan anak-anak yang terkena demam campak. Kesian sebenarnya kat anak-anak yang terkena demam campak ni. Sebabnya demam campak ni bukan sekadar naik bintik-bintik yang mengandungi air bisa dekat badan je. Sebenarnya bila seseorang tu demam campak, mereka jugak mengalami sakit di bahagian sendi. Terdapat jugak minoriti kes yang demam campak ini boleh merebak ke bahagian otak dan menyebabkan penyakit yang lebih serius dan menyebabkan kematian. So ibubapa jangan ambil remeh tentang penyakit demam campak ni okeh.



Dua anak saya pernah dijangkiti demam campak serentak. Masa tu diorang baru berusia 3 tahun dan 2 tahun. Alhamdulillah ibu mertua saya banyak membantu. Maklumlah orang-orang lama ni diorang banyak petua nya. 

So meh kita berkenalan dulu dengan penyakit demam campak ni. ☺

Info Mengenai Demam Campak


Campak merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan akan menyebabkan demam, ruam dan kadangkala batuk. Ia merupakan jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah untuk dijangkiti kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa pesakit bercakap, batuk atau bersin.

Tanda-tanda Anak Dijangkiti Demam Campak


Cara Menjaga Anak Demam Campak

Tanda-tanda demam campak akan dapat dikesan diantara 7 hingga 10 hari selepas terkena jangkitan. Anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

1. Ruam gatal yang merebak dari tubuh ke leher, muka dan anggota badan yang lain.


2. Timbul lebam merah yang berisi cecair lepuh (vesikel) yang longkang dan kuping lebih. Vesikel jugak boleh muncul dalam mulut, pada kulit kepala atau pada alat kelamin dan boleh menyebabkan anak-anak berasa tidak selesa akibat daripada rasa sakit.


3. Batuk, selesema dan sakit tekak.


4. Mata berair dan sensitif kepada cahaya.


5. Sakit otot


Cara-Cara Penjagaan Anak-Anak Yang Dijangkiti Demam Campak:


1. Pantau suhu badan anak

Pada peringkat awal jangkitan, suhu badan anak-anak adalah sangat tinggi disertai dengan batuk teruk dan kadangkala anak-anak boleh mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah untuk membuang air kecil. Adalah penting untuk memantau suhu badan anak-anak kerana suhu badan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan sawan.

2. Mandikan anak sekerap yang mungkin

Mandikan anak sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk membantu turunkan suhu badan. Waktu mandi yang sesuai bagi anak-anak ini adalah diantara jam 8 pagi, sebelum zohor dan juga sebelum jam 7 malam. Sekiranya perlu boleh dimandikan anak-anak dengan menggunakan air suam.

3. Jaga pemakanan anak-anak
Pastikan anak-anak yang dijangkiti demam campak minum air secukupnya. Selain daripada membantu untuk turunkan suhu badan, ianya jugak penting untuk menggantikan air dan zat besi yang hilang akibat muntah atau cirit-birit.

Sekiranya bayi yang dijangkiti demam campak, pemberian susu ibu dengan lebih kerap adalah sangat digalakkan. Ini kerana susu ibu dapat membekalkan antibodi bagi melawan penyakit tersebut dengan cepat.

4. Pastikan kuku anak-anak pendek

Pastikan kuku anak-anak ini sentiasa pendek. Ini adalah untuk mengelakkan mereka dari menggaru bahagian yang gatal. Sekiranya anak-anak menggaru, bimbang akan menyebabkan luka pada kulit yang dijangkiti.

Bagi bayi pula ibu-ibu boleh memakaikan sarung tangan bagi mengelakkan bayi menggaru.

5. Pakaikan pakaian yang nipis

Jika anak anda demam, atau kulit mereka dipenuhi dengan ruam yang menyakitkan, pakaikan mereka dengan pakaian yang nipis serta longgar agar mereka tidak berasa terlalu panas. Pakaian yang diperbuat daripada kain kapas merupakan yang terbaik bagi mengelakkan anak-anak berasa tidak selesa dan gatal.

6. Pakaikan bedak sejuk 

Boleh jugak melumurkan badan anak-anak dengan campuran daun semambu dan bedak sejuk. Petua dari orang-orang lama ini adalah untuk mengelakkan anak-anak daripada berasa gatal dan jugak miang.

7. Minum air kelapa muda

Air kelapa muda dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas.

Selain daripada cara-cara diatas, saya jugak menggunakan produk penjagaan serta vitamin daripada Shaklee semasa anak-anak saya dijangkiti demam campak.

Senarai vitamin untuk demam campak


1. Basic H

Setiap kali waktu mandi, saya akan masukkan beberapa titis Basic H ke dalam air mandian anak-anak. Ini adalah kerana Basic H dapat membantu menurunkan haba badan kerana ianya dapat menyerap haba 3 kali ganda daripada air biasa. Basic H adalah dihasilkan daripada ekstrak kelapa muda.

Cara Menjaga Anak Demam Campak

2. Herbal Blend

Sesuai untuk membantu melegakan kegatalan serta mengelakkan kulit daripada berparut.

Cara Menjaga Anak Demam Campak

3. Chewable Vita C Plus/Sustained Released Vitamin C Plus

Anak-anak yang dijangkiti adalah digalakkan untuk mengambil vitamin C untuk meningkatkan imunisasi dalam badan. 

Manakala bagi ibu-ibu yang menyusu pulak disarankan mengambil Sustained Released Vitamin C sekiranya bayi dijangkiti demam campak. 

Cara Menjaga Anak Demam Campak

4. Nutriferon

Kajian menunjukkan Nutriferon Shaklee berupaya membantu meningkatkan sistem imunisasi kita dan ianya merupakan produk yang hanya dipatenkan untuk Shaklee.

Cara Menjaga Anak Demam Campak


Kesihatan anak-anak sememangnya menjadi kepentingan kepada ibubapa. Oleh itu berikanlah yang terbaik buat anak-anak kita. "

Happy Them, Happy Us"

-----------------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment