Kalau nak diikutkan rasa hati memang teringin sangat nak bercuti melancong dengan keluarga sekerap yang mungkin. Tapi bila memikirkan 2 orang anak yang masih kecik dan yang besaq pulak tengah dalam fasa melasak pasti akan mematikan rasa nak bercuti tu. Tambah pulak dengan kata-kata dari orang-orang sekeliling macam "Susah lah nak berjalan dengan anak-anak kecik ni" or "Nak bawak anak-anak kecik pi tempat macam tu? Tak elok laa". Pffffftttt. So last-last memang tak ke mana laa kan. Heheheh.
Tapi hari ni saya nak jugak share sikit macam mana nak melancong or bercuti dengan anak-anak kecik walaupun sekadar dalam negara.
1. Pastikan anak-anak selesa dalam kenderaan
Saya kalau nak berjalan mana-mana dan perjalanan tu akan mengambil masa yang lama saya akan pastikan yang keadaan kenderaan adalah selesa buat saya dan anak-anak. Abaikan incik driver kerana diorang memang dah ada tempat duduk khas yang takkan di ganggu oleh sesapa pun. Huhu.
Apa makna keadaan yang selesa kat sini? Makna nya anak-anak saya boleh berbaring bila diorang rasa mengantuk dan takdak lah kita yang dewasa ni penat nak meriba diorang sepanjang perjalanan.
2. Sediakan snek atau bekalan makanan yang mencukupi
Selalu nya saya akan standby makanan yang mudah untuk anak-anak makan semasa dalam kenderaan contohnya roti. Pastikan jugak bekalkan ayaq masak yang mencukupi. Bagi anak kecik yang masih menyusu, kalau breastfeed senang je laa kan. Tapi kalau yang minum susu formula pastikan segala keperluan untuk membancuh susu disediakan seperti botol susu, susu dan air panas.
3. Sediakan pakaian serta kelengkapan yang sesuai
Ini penting jugak kalau ada anak kecik yang berusia 6 tahun ke bawah atau yang masih berdiaper. Pastikan kita sediakan pakaian extra in case kalau ada kejadian kebocoran dalam kereta. Hehehe. Segala kelengkapan seperti pampers, plastik kecik, tisu basah or towel pun sangat penting. Ini untuk memastikan anak-anak kita berada dalam keadaan yang selesa. Bila anak-anak selesa so potensi diorang nak cranky tu kurang sikit.
4. Bawak stroller atau baby carrier yang sesuai
Oleh sebab 2 daripada 4 orang anak saya masih kecik maka stroller dan baby carrier memang tak boleh nak tinggal. At least bila diorang rasa letih or mengantuk senang untuk kita uruskan.
5. Bawak bekal ubat atau supplement
Penting untuk sediakan ubat seperti cool fever, panadol, minyak angin or minyak panas untuk anak-anak dan jugak diri sendiri. Sebanya bila dah berjalan ni kita taktau apa akan jadi kan. Kekadang anak-anak ni bila berubah tempat, makan pun ikut sedap, time tu senang laa nak jatuh sakit kan. Kesihatan waktu melancong memang wajib kena jaga!
Kalau nak dapatkan supplement yang boleh membantu kuatkan sistem imun dan kekal bertenaga sepanjang bercuti atau melancong boleh lah hubungi saya. (^__^)
Hopefully apa yang saya share ni dapat dimanfaatkan bersama-sama. Tambahan pulak next week dah nak cuti sekolah kan. Semoga segala perjalanan yang dirancang akan berjalan dengan baik dan memberikan kenangan yang terindah buat keluarga. Korang kalau ada tips yang boleh dikongsi jangan segan-segan share ok? (^__*)
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment