Wednesday, 8 March 2017

Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi

Assalamualaikum.

Setiap ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan mereka terutamanya berkaitan dengan kesihatan. Adalah amat penting untuk kita pastikan yang anak-anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi bagi selari dengan perkembangan mereka. Ini adalah penting bukan sahaja kepada perkembangan fizikal mereka bahkan jugak penting kepada perkembangan otak mereka. 

Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi

Namun percaya atau tidak anak-anak kita sebenarnya semakin kurang mendapat nutrisi daripada pemakanan. Ini adalah kerana sikap anak-anak yang kadang-kadang sangat memilih apabila disuruh makan makanan yang berkhasiat seperti sayur. Selain daripada itu, pada zaman sekarang kekurangan nutrisi jugak disebabkan oleh masalah penggunaan racun, tanah yang semakin kurang zat serta proses-proses yang terlibat dalam penghasilan makanan. 

Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi

Vitamin Yang Diperlukan Oleh Kanak-Kanak

1. Vitamin A

Vitamin A adalah penting untuk bayi dan kanak-kanak untuk menguatkan sistem imun, membantu dalam penglihatan mereka dan mengekalkan kulit yang sihat. Sumber yang dapat membekalkan vitamin A termasuklah:
  • Produk tenusu
  • Lobak merah, ubi keledek dan mangga (makanan berwarna oren, jingga dan merah)
  • Sayur-sayuran berwarna hijau gelap seperti brokoli, bayam serta kubis

2. Vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk sistem imun anak-anak. Ia jugak boleh membantu tubuh mereka untuk menyerap Zat Besi. Sumber terbaik vitamin C adalah seperti:
  • Oren
  • Kiwi
  • Strawberry
  • Brokoli
  • Tomato

3. Vitamin D

Vitamin D biasanya terdapat di dalam makanan seperti ikan berminyak dan jugak telur. Selain daripada itu, sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari pada waktu pagi. Namun begitu, berjemur terlalu lama jugak tidak baik kerana sinaran UV sangat berbahaya kepada kita terutamanya kanak-kanak.

4. Minyak Ikan Omega 3

Pakar-pakar menyatakan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega 3 (terutamanya yang lengkap dengan DHA & EPA) adalah sangat penting untuk perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Biasanya ikan yang mengandungi khasiat Omega 3 yang tinggi adalah ikan laut sejuk yang biasa tidak terdapat di negara kita.

Bagi kanak-kanak, asid lemak omega 3 dapat membantu terutamanya dari segi:
  • mengurangkan keradangan dalam saluran peparu --- mengurangkan serangan asthma di kalangan kanak-kanak.
  • menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan penglihatan.
  • mengurangkan radang pada kulit --- sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit seperti eczema.

Senarai Vitamin Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Saya sendiri mempunyai anak-anak yang sangat memilih ketika makan terutamanya sayur. Selalunya mereka hanya akan makan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Oleh yang demikian saya memilih beberapa vitamin daripada Shaklee bagi menampung keperluan nutrisi seharian mereka. Antara vitamin yang saya berikan kepada anak-anak adalah:

1. Mealshake

Sangat mudah untuk diambil. Hanya campurkan ke dalam susu atau sebarang minuman kegemaran anak-anak. Rasa dan baunya yang menarik akan membuatkan anak-anak sukakannya.

Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi


Antara kelebihan Mealshake:
  •  Lengkap dengan 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
  • Merupakan minuman multivitamin perasa vanila tanpa pewarna serta perasa tiruan.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang penting untuk membina sel-sel dalam proses tumbesaran.
  • Kaya dengan sumber protein yang membantu menyihatkan sel-sel badan.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium sebagai sumber antioksidan.
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap dan Zat Besi untuk membentuk sel darah merah dan sistem saraf yang sihat.

2. Omega Guard

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. DHA adalah penting untuk penglihatan sementara EPA penting untuk fokus, fungsi otak dan IQ.

Omega Guard diekstrak daripada minyak ikan laut sejuk dan bukannya daripada minyak hati ikan. Ini menjadikannya 3x lebih tumpat daripada minyak hati ikan.

Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi

3. Chewable Vitamin C


Anak Sihat Dan Cergas Dengan Vitamin Semulajadi

Vitamin C ini merupakan salah satu vitamin kegemaran anak-anak saya. Ianya mudah dikunyah oleh anak-anak. 

Antara kebaikan pengambilan vitamin C untuk kanak-kanak adalah:
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Tidak mengandungi pewarna, perasa,pemanis ataupun pengawet tambahan
  • 1 biji Vitamin C Chewable bersamaan 1/2 biji buah oren iaitu bersamaan dengan 100mg
Seiring dengan keadaan sekarang adalah amat penting untuk kita mendapatkan perlindungan daripada awal untuk anak-anak serta diri kita sendiri. Penjagaan kesihatan adalah amat penting tatkala perbelanjaan perubatan jugak semakin meningkat dan kita jugak semakin terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Ataupun anda boleh dapatkan Set Anak Sihat Cergas dengan hanya Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment