Saturday, 18 March 2017

Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

Assalamualaikum.

Bercuti tentunya merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya segala-galanya mengikut apa yang kita rancangkan. Namun demikian terdapat jugak perkara yang tidak dapat kita ramal boleh berlaku. Seandainya ini terjadi bertindak lah dengan bijak. Jangan jadikannya alasan untuk merosakkan percutian anda. 


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

Jom kita tengok apa masalah yang MUNGKIN boleh terjadi semasa bercuti.

1. Kehilangan bagasi ketika di airport

Kalau ini terjadi, jangan panik. Of course kita akan rasa gelabah pada mulanya. Tapi cuba untuk bertenang. Sekiranya kita terlampau panik kita tidak akan dapat berfikir dengan rasional. Segera laporkan kepada pihak berkuasa di kaunter aduan yang disediakan. Polisi insurans travel anda mungkin turut merangkumi kehilangan bagasi, jadi periksalah polisi insurans anda.

Tips: Labelkan beg anda atau letakkan sesuatu yang senang untuk dilihat seperti reben berwarna-warni di bahagian pemegang supaya kita tidak tersalah ambil. Selain itu, selalu ambil gambar bagasi anda supaya sekiranya berlaku masalah seperti ini kita dah ada persediaan awal. Anda jugak boleh simpan semua barang berharga seperti cermin mata/kanta lekap, ubat-ubatan serta pakaian persalinan di dalam beg handcarry.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

2. Ketinggalan kapal terbang

Ini antara masalah yang boleh berlaku sekiranya kita bercuti dengan anak-anak kecil. Hehehe. Sekirana ini terjadi, bertenang dan jangan panik. Sekiranya anda ketinggalan kapal terbang disebabkan kesilapan anda sendiri, anda akan dicaj untuk mengubah penerbangan, bergantung kepada syarikat penerbangan. Sekiranya anda mempunyai akaun sebagai "mereka yang selalu terbang". ia mungkin akan dapat membantu.

Tips: Sekiranya anda mempunyai anak kecil pastikan anda membuat segala persiapan diawal waktu. Anda boleh cuba untuk sampai awal di airport bagi menggelakkan kesesakan ketika daftar masuk. Lagipun kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di pertengahan jalan contohnya seperti kesesakan trafik.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti

3. Sesat ketika melancong

Seandainya ini berlaku ketika kita melancong di negara sendiri mungkin kita tidak akan merasa begitu tertekan. Hehehe. Sekiranya ianya berlaku ketika melancong di negara luar cuba untuk tidak panik. Again! Hahahah. Cuba untuk dapatkan bantuan daripada orang yang berhampiran atau dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis tempatan. Ingat pepatah "Malu bertanya sesat jalan". (^__*)

Tips: Sebelum memulakan percutian adalah lebih baik untuk kita membuat sedikit research tentang tempat yang bakal kita pergi. Apatah lagi tempat yang belum pernah kita jejaki. Cuba untuk rancang segala aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang masa bercuti. Dapatkan peta tempat yang bakal anda lawati. Sekarang ni dengan adanya smartphone adalah lebih mudah. Anda hanya perlukan GPS atau Google Maps bagi membantu percutian anda menjadi lancar.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti


4. Sakit ketika bercuti

Perkara yang paling nak dielakkan ketika bercuti adalah jatuh sakit. Tak kira lah anak-anak or anda sendiri. Maklumlah bila dah bercuti ni macam-macam aktiviti kita akan buat seperti mandi kolam terutamanya anak-anak. Makan pun ikut mana sempat je sebab bukan masak sendiri. Kalau saya bercuti memang takkan pandang dah laa segala periuk belanga ni. Hehehe. Dah nama nya bercuti kan. So hentam makan kat kedai yang mana sempat je. 

Tips: Sentiasa pastikan anda membawa ubat-ubatan asas yang mungkin akan diperlukan seperti ubat demam, ubat untuk sakit kepala, ubat untuk sakit perut,ubat untuk alahan sekiranya ada. Bukan senang kita nak cari klinik di tempat yang kita sendiri baru jejak.


Masalah-Masalah Yang Mungkin Dihadapi Ketika Bercuti


Saya sendiri kalau bercuti pasti akan bawak vitamin-vitamin yang sering diambil bagi menggelakkan anak-anak dan diri sendiri jatuh sakit ketika tengah berseronok. Boleh klik link di bawah untuk tau vitamin apa yang selalu saya standby ketika bercuti. (^__*)

Bercuti Lebih Seronok Dengan Vitamin Semulajadi


Adalah penting untuk persiapkan diri dan jugak keluarga sebelum merancang untuk bercuti. Terutamanya dari segi kesihatan. So saya harap sharing ini dapat membantu sedikit sebanyak supaya anda dapat bercuti dengan lebih seronok bersama keluarga tersayang. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia



No comments:

Post a Comment