Assalamualaikum.
Berpantang sememangnya merupakan satu amalan yang penting selepas seorang wanita melahirkan anak. Amalan ini telah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ini dilakukan bagi memastikan ibu benar-benar sihat serta bertenaga dan jugak stabil dari segi emosi setelah melalui proses bersalin. Paling penting semasa berpantang, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada ibu-ibu yang baru saja melalui proses bersalin ini.
Namun sekarang ini terdapat jugak ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri. Dalam makna kata yang lain tidak meminta pertolongan daripada ibu sendiri mahupun ibu mertua. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia mereka ataupun mungkin kerana mereka mempunyai masalah kesihatan.
Pengalaman saya berpantang sendiri hanyalah selepas melahirkan anak yang ke-empat. Perkara penting untuk berpantang sendiri adalah incik suami haruslah memainkan peranan dalam menjaga isteri. Selain itu, kita juga perlu ada pengetahuan dan keazaman yang tinggi kerana berpantang ni perlukan azam yang tinggi. Tak boleh main ikut dan je. Hehehe.
Antara amalan berpantang yang perlu diamalkan untuk sihat luaran dan dalaman
1. Berurut
Berurut secara am nya adalah bertujuan untuk membetulkan segala urat supaya dapat melancarkan pengaliran darah. Ini adalah penting bagi menyingkirkan darah kotor atau darah beku yang masih ada di dalam rahim. Selain itu, berurut jugak dapat membantu memecahkan lemak di dalam badan.
Selalunya berurut ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut, atau sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tempoh berpantang.
2. Bertungku
Bertungku perlu dilakukan setiap hari sepanjang tempoh berpantang bagi membantu mengecutkan rahim serta melancarkan pengeluaran saki-baki darah kotor yang masih ada di dalamnya. Selalunya selepas bertungku aliran darah nifas akan menjadi lebih lancar.
Bertungku yang paling baik adalah menggunakan batu yang dipanaskan dan kemudian dibalut dengan kain.
Pengalaman saya semasa berpantang, saya akan bertungku seawal subuh hari kerana pada masa ini bayi masih belum terjaga.
3. Berbengkung
Bengkung secara umumnya adalah sehelai kain yang dililit pada badan dari paras bawah dada hingga ke punggung. Berbengkung dapat membantu menghilangkan masalah perut buncit selepas bersalin.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis bengkung yang dijual bagi membantu memudahkan ibu-ibu memakai sendiri semasa berpantang.
4. Mandi Herba
Ingat lagi sewaktu saya berpantang untuk anak pertama, ibu mertua saya akan menyediakan air rebusan dari daun-daun herba yang terdapat di tanam di sekitar kawasan rumah. Antara daun-daun herba yang digunakan adalah daun kunyit, daun pandan, daun serai wangi, daun mengkudu, daun inai, daun sireh dan jugak daun lengkuas. Namun sekarang mandian herba ini terdapat dijual dalam set-set berpantang dalam bentuk pek uncang. Lebih mudah kan?
5. Bertangas
Bertangas jugak amat penting bagi membantu penyembuhan faraj dan jugak rahim. selain daripada itu, herba yang terdapat dalam set bertangas atau pun daun-daun herba mampu merawat, memperbaiki urat dan jugak bahagian sulit ibu yang terluka semasa proses melahirkan anak.
6. Memakai Pilis
Saya sendiri sebenarnya pernah jugak skip memakai pilis masa berpantang anak pertama sampai anak ketiga. Konon tak suka dengan bau dan malas pakai kerana ia sering tertanggal bila dah kering. Huhu. Tapi sebenarnya memakai pilis ini penting bagi mengelakkan ibu-ibu merasa pening, loya dan jugak mual akibat daripada masuk angin.
7. Mengambil Jamu atau Supplement
Ini adalah sangat penting bagi memastikan badan ibu-ibu kembali sihat selepas melalui proses bersalin. Seain daripada itu, pengambilan jamu dan supplement jugak penting bagi membantu memulihkan luka selepas bersalin. Sekiranya ibu-ibu menyusu badan perlu jugak diambil berat tentang kandungan jamu yang mungkin akan memberikan kesan kepada bayi. Pilih jamu atau supplement yang selamat untuk ibu dan jugak bayi. Macam saya sendiri memilih Set Berpantang Shaklee kerana dapat diambik seawal sehari selepas bersalin. Selain itu jugak, vitamin Shaklee selamat untuk diamalkan oleh ibu-ibu serta bayi.
8. Makanan Berkhasiat
Selepas bersalin, ibu-ibu perlu menjaga pemakanan supaya badan akan lebih cepat pulih dan sihat. Adalah penting untuk mengelakkan pengambilan makanan yang terlampau pedas, berlemak, yang boleh mengakibatkan kegatalan serta air sejuk. Menu ibu bersalin walaupun dimasak secara rebus, kukus dan panggang tapi tetap sedap untuk dimakan. Elakkan jugak pengambilan lemak, gula serta minyak yang berlebihan. Penting jugak untuk ibu-ibu mengetahui tentang makanan yang harus dielakkan sepanjang tempoh berpantang. Untung-untung dengan berpantang ibu-ibu jugak boleh menurunkan berat badan. (^___*)
Paling penting untuk berpantang sendiri adalah mendapat kerjasama daripada pasangan. Ini kerana isteri yang tengah berpantang pergerakan mereka adalah terbatas. Jadi suami perlulah memainkan peranan menggantikan tugas-tugas isteri dalam menguruskan kerja rumah. Sebagai contoh bagi suami yang tidak tahu memasak boleh membantu menyediakan segala persiapan untuk memasak seperti membersihkan bahan-bahan mentah supaya memudahkan isteri untuk memasak.
Namun sekarang ini terdapat pakej berpantang yang menawarkan bukan setakat penjagaan ibu berpantang, malah turut menawarkan khidmat memasak bagi ibu berpantang serta menjaga bayi yang baru lahir. Cuma perlu disediakan ongkos nya saja. (^___*)
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, atau mendaftar menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment