Assalamualaikum.
Pengalaman mengandung semestinya pengalaman yang paling bermakna bagi seorang wanita. Semasa tempoh mengandung banyak perubahan yang berlaku tak kira dari segi fizikal, cara pemakanan dan kadang-kadang perwatakan jugak boleh berubah. Namun demikian terdapat jugak penyakit yang boleh dihidapi oleh seorang ibu ketika hamil walaupun pada asalnya dia merupakan seorang yang sihat.
Salah satu penyakit yang boleh dihidapi oleh seorang ibu hamil adalah penyakit kencing manis. Kencing manis semasa hamil jugak dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia merupakan kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat pertama kali semasa tempoh kehamilan.
Diabetes ini akan berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin ini dihasilkan oleh pankreas dan ia mempunyai dua tugas iaitu untuk mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan juga untuk membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa hamil, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin bagi memenuhi keperluan bayi bermula dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Namun jika badan ibu tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, maka akan terdapat terlalu banyak gula dalam darah yang boleh mengakibatkan berlakunya diabetes gestasi. Walau bagaimanapun, diabetes gestasi ini selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan.
Masalah kencing manis ini bukan sahaja memberikan kesan buruk terhadap ibu yang hamil, malah turut sama memberi risiko terhadap bayi yang dikandung.
Antara risiko diabetes terhadap ibu yang hamil adalah:
- boleh mendapat tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing
- boleh terjadi jangkitan faraj
- berkemungkinan untuk bersalin secara pembedahan akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
- sekiranya berlaku jangkitan pada luka bersalin, boleh menyebabkan luka itu lambat sembuh
- 50% risiko untuk menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari
- berkemungkinan jugak akan diminta untuk bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin
Manakala risiko yang boleh terjadi kepada bayi adalah seperti:
- risiko yang tinggi bayi mati dalam kandungan
- saiz bayi yang besar boleh menyukarkan kelahiran. Ibu mungkin tidak dapat bersalin secara normal dan terpaksa bersalin secara pembedahan.
- tumbesaran bayi dalam rahim boleh terjejas akibat hipogliseme
- bayi mungkin mengalami demam kuning (jaundis) selepas dilahirkan
- bayi sukar untuk bernafas
- air ketuban berlebihan (menyebabkan risiko kelahiran pra-matang atau bayi mati dalam kandungan)
- bayi berisiko mengalami kegemukan/obesiti atau menghidap kencing manis selepas dewasa
Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung atau GDM
Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan diabetes atau GDM semasa hamil. Di antaranya adalah:
1. Luangkan masa dengan membaca untuk menambahkan ilmu kehamilan terutamanya berkaitan dengan pemakanan.
2. Ibu hamil perlu memperbanyakkan minum air kosong. Elakkan minum air yang manis terlampau banyak. Terutamanya minuman berkarbonat.
3. Ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan gula.
4. Lazimkan membuat senaman yang sesuai dengan wanita hamil. (Senaman jugak boleh memudahkan ibu-ibu di saat kelahiran)
5. Ibu-ibu hamil yang beragama Islam boleh mengamalkan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Set Hamil Shaklee adalah antara vitamin yang popular dan menjadi pilihan ramai ibu-ibu mengandung kerana ianya terbukti selamat dan jugak berkesan.
Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi produk mengikut kesesuaian anda. Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment