Monday, 13 March 2017

Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron

Assalamualaikum.

Korang pernah tak tanpa sengaja bila tengah gosok baju tu terleka dan akibatnya telah berjaya membuat corak yang tidak diingini pada kain, baju or seluar yang tengah di gosok? Huhu.

Baru-baru ni saya pernah jugak jadi camtu. Kelam-kabut iron tudung sekolah anak dara teringat yang tengah panaskan sup. Tinggal iron then pergi tutup api dapur. Bila pergi balik kat tempat iron dah terbakar kain iron board tu. Almaklumlah pakai iron hat yang hadiah perkahwinan 7 tahun lepas. Huhu. Nasib baik bukan tudung sekolah yang terbakar. Kalau tak memang lagi haru laa kan. Paling tak best bila kain yang terbakar tu tertinggal dekat iron. 


Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron
iron dengan kesan terbakar

Bila ada kesan terbakar kat iron macam ni memang feeling nak menggosok tu dah tak best. Cehhhh. Alasan sangat kan. Heheheh.

Dan disebabkan dah kena jeling dengan incik suami maka nya gigih laa cari camne cara nak bersihkan balik iron tu. Huhu.

So kat sini saya nak kongsikan camne caranya untuk hilangkan kain yang melekat pada iron tu. 

Senang sangat sebab barang-barang yang diperlukan memang sentiasa ada kat rumah kita.

Barang-barang yang diperlukan:


First sediakan garam. Guna garam yang kasar sikit tu. Jangan guna garam halus sangat.

Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron
 garam

Then sediakan kain basah/lembap.

Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron
kain basah/lembap

Cara-caranya mudah sangat. 


1. Panaskan iron/seterika.

2. Letakkan garam di atas kain basah/lembap.

3. Gosokkan iron/seterika di atas garam yang telah kita letakkan atas kain basah/lembap tadi.

Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron

4. Gosok sampai keluar kesan kain yang melekat dekat iron/seterika kita.

5. Hasilnya....

Cara Mudah Bersihkan Kesan Terbakar Pada Seterika/Iron

Memang bersih okehhh. Hehehe. Takyah susah nak beli iron baru. Tapi kalau dah incik suami offer nak beli iron baru hat yang memang tengah in dikalangan ibu-ibu tu jangan lah ditolak pulak. Orang kata rezeki jangan ditolak kan. Heheheh

Hopefully tips yang saya share ni dapat membantu anda okeh. ☺



-----------------------------------------------------------------------------------------Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.

Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA. 

------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)

011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)

Facebook: Adeq Wanie

COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan

Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment