Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua. Hari ni saya nak kongsi beberapa petua yang melibatkan bawang putih. Bawang putih ni memang sering digunakan dalam masakan. Tapi jangan tak tahu yang bawang putih jugak ada kegunaan nya yang lain.
Meh kita berkenalan dulu dengan watak utama kita hari ni.
Bawang Putih
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae yang serumpun dengan pelbagai spesis bawang yang lain seperti bawang besar, bawang merah dan sayur leek.
Uniknya bawang putih adalah disebabkan oleh kewujudan satu komponen istimewa di dalamnya yang dikenali sebagai 'Allicin'. Allicin merupakan bahan ajaib yang bertanggungjawab mewujudkan ciri-ciri anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan anti oksida yang menjadikan bawan putih suatu remedi semulajadi yang sungguh hebat.
Petua Melibatkan Bawang Putih
1. Mengubat jangkitan kulat pada kulit
Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete's foot boleh cuba rendamkan kaki dalam besen yang mengandungi air panas dan beberapa ulas bawang putih yang dilenyekkan.
2. Mengubati jerawat
Tumbuk 2 atau 3 ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian muka yang bermasalah. Kemudian bilaskan dengan air suam.
3. Mencegah dan menyembuhkan demam atau selsema
Ambil beberapa ulas bawang putih yang belum dikupas kulitnya. Bakar sehingga kulitnya hampir hangus. Kemudian lenyekkan bawang putih tadi dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi 3 atau 4 sudu minyak zaiton. Campuran tadi disapukan pada bahagian dada, belakang serta tapak kaki.
4. Mengawal berat badan
Minum campuran bawang putih, madu dan cuka sekerap mungkin kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan.
5. Meredakan kesakitan gigi
Ambil seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya dan gigit bawang tersebut di bahagian gigi yang sakit.
6. Mengatasi masalah rambut gugur
Sebelum tidur, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu dan gosokkan pada kulit kepala, terutamanya pada bahagian yang bermasalah. Untuk meningkatkan keberkesanan campurkan dengan minyak kelapa. Bilas dengan shampoo pada keesokan hari nya.
7. Mengurangkan angin dalam badan
Bakar 2 ulas bawang putih bersama kulitnya selama beberapa minit. Setelah nampak garing, buang kulitnya dan makan bawang tersebut.
8. Merawat jangkitan ketuat
Ambil satu atau dua ulas bawang putih, potong dan gosokkan pada bahagian kulit yang terkena ketuat, kemudian balutkan dengan kain pembalut. Lakukan secara konsisten sehingga ketuat hilang. Sifat sulfur pada bawang putih mampu mengikis lapisan keras tersebut untuk menjadikan kulit kembali normal.
Bawang putih boleh diibaratkan sebagai gudang nutrien yang kaya dengan pelbagai kelebihan semulajadi. Maka tidak hairanlah ia digelar "Superfood" oleh masyarakat barat.
Tapi bukan semua orang boleh nak makan bawang putih mentah-mentah kan. So saya syorkan anda boleh mencuba amalkan pengambilan vitamin Garlic Complex dari Shaklee.
Klik sini untuk dapatkan Garlic Shaklee.
Antara kelebihan Garlic Shaklee adalah:
- boleh meningkatkan tahap sistem penghadaman badan, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
- merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk mempertingkatkan tahap sistem imun badan supaya menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, virus dan yis candida.
- membantu dalam masalah penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
- membantu menstabilkan tekanan darah tinggi sekiranya diambil secara konsisten 2-4 tablet selepas makan. Garlic dapat membantu mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
- membantu menurunkan paras kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
Selamat mencuba petua yang dikongsi.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Layanan istimewa KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA.
------------------------------------------------------------------------------
Pengedar Sah Shaklee Taiping Perak: Nur Shazwani
(Shaklee ID: 957591)
011.1548.3477 (WhatsApp/SMS)
Facebook: Adeq Wanie
COD: Sekitar Taiping dan Kawasan yang berdekatan
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment